Cara Buat Proses Penamaan Waris KWSP Yang Ramai Tak Tahu. Jom Mudahkan Urusan Waris Anda Nanti
Wow! Banyak betul simpanan KWSP selama 10 tahun bekerja. Boleh guna untuk untuk masa hadapan nanti bila dah berhenti kerja.
Tunggu dulu, berhenti berangan dahulu sekiranya anda belum meletakkan penama bagi akaun KWSP anda. Ini sangat penting kerana belum sah waris akan mendapat semua simpanan KWSP anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Jika tiada penama, proses tuntutan akan menjadi lebih susah dan rumit dan mengambil masa yang agak panjang untuk diselesaikan.
PENAMAAN KWSP
Isi Kandungan
Penama untuk simpanan KWSP anda merupakan individu atau institusi yang akan menerima dan nia simpanan KWSP apabila pemiliknya meninggal dunia. Dengan adanya penama, sebarang kesulitan dapat dikurangkan dan memastikan hanya orang yang sepatutnya mendapat jaminan kewangan disalurkan dengan betul.
Penamaan ini sangat penting untuk :
- Memudahkan proses pengeluaran.
- Mengelakkan sebarang kos dan kerumitan mendapatkan dokuemn pihak ketiga dari Pejabat Tanah / Mahkamah.
- Memastikan waris mewarisi simpanan KWSP.
- Agar tidak menimbulkan situasi tidak adil pembahagian simpanan KWSP pemilik kepada waris.
SYARAT KELAYAKAN PENAMAAN KWSP
Untuk membuat penamaan waris KWSP, anda perlu semak dahulu syarat kelayakan seperti berikut :
- Semua warganegara Malaysia.
- Ahli yang bukan warganegara Malaysia boleh membuat penamaan sekiranya :
i. Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
ii. Telah mendapat Taraf Penduduk Tetap (PR)
- Telah mencapai umur 18 tahun atau lebih.
- Penamaan perlu dibuat oleh ahli sendiri.
- Borang KWSP 4 mestilah diisi dengan lengkap atau hadir sendiri dimana-mana cawangan KWSP yang berhampiran.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
Sertakan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda.
WARGANEGARA MALAYSIA /PR
- Borang Penamaan (KWSP 4)
- Salinan Kad Pengenalan /MyKad / Kad Pengenalan Tentera
- Salinan dokumen pengenalan diri penama
BUKAN WARGANEGARA
- Menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998
- Borang Penamaan (KWSP 4)
- Salinan pasport yang sahlaku
- Salinan dokumen pengenalan diri penama
PENGELUARAN CARUMAN KWSP TANPA PENAMAAN
Sekiranya ahli KWSP tidak sempat membuat penamaan dan meninggal dunia, waris masih lagi boleh membuat permohonan pengeluaran di pejabat KWSP yang terdekat mengikut syarat berikut :
- Ahli yang telah meninggal dunia adalah Warganegara, Penduduk Tetap (PR) dan Bukan Warganegara (yang mendaftar sebelum 1 Ogos 1998).
- Orang tanggungan ahli (balu/duda/anak/ibu bapa).Tertakluk kepada status perkahwinan ahli.
- Permohonan mesti diterima dalam tempoh 6 bulan dari tarikh kematian ahli.
- Ahli meninggal dunia sebelum mencapai umur 60 tahun.
- Ahli masih mempunyai simpanan KWSP.
Pengeluaran simpanan ini layak dimohon oleh :
- Balu / duda ahli sekiranya telah berkahwin.
- Anak-anak atau penjaganya, ibu bapa, adik beradik atau Pentadbir Pusaka layak membuat permohonan.
- Bagi ahli yang bujang pula, ibu bapa,adik beradik atau Pentadbir Pusaka layak membuat permohonan pengeluaran ini.
PEMBATALAN PENAMAAN SIMPANAN KWSP
Penamaan waris untuk simpanan KWSP anda akan terbatal seperti yang dinyatakan di jadual berikut :
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai penamaan waris, sila hubungi pihak KWSP di saluran berikut :
- Laman web KWSP : kwsp.gov.my/ms/home
Atau kunjungi cawangan KWSP yang terdekat dengan anda.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.