HomeBantuan KerajaanTarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

Published on

spot_img

Menerusi Pembentangan Belanjawan oleh Menteri Kewangan pada 6 November yang lalu, Bantuan Sara Hidup (BSH) telah ditukar kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan beberapa penambahbaikan yang memberi pelbagai manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Malahan umur bagi penerima BPR bujang juga telah diturunkan daripada 40 tahun kepada 21 tahun. Maka lebih ramai penerima dari golongan bujang bakal menerima manfaat ini.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh permohonan untuk Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) kerana sudah pasti ada yang ingin membuat permohonannya agar dapat merasai bantuan yang bakal diberikan oleh kerajaan kali ini.

TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN BPR

Menurut Pengarah Belanjawan Negara, Johan Mahmood Merican pendaftaran baru untuk BPR akan dibuka pada:

  • 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk permohonan BPR.

TARIKH PEMBAYARAN BPR

Bagi pembayaran BPR pula, ia akan dibuat sebanyak dua kali dan bayaran yang pertama ialah pada:

  • Fasa 1: Penghujung Februari 2021
  • Fasa 2: September / Oktober 2021

PERUNTUKAN BPR RM6.5 BILION

Peruntukan BPR pada kali ini ialah sebanyak RM6.5 bilion akan memanfaatkan 8.1 juta orang berbanding BSH dengan peruntukan RM5 bilion dan memanfaatkan 4.3 juta rakyat Malaysia. Ini termasuk perluasan kategori bantuan bagi individu bujang berumur 21 tahun berbanding 40 tahun sebelum ini.

CARA PERMOHONAN BPR

Untuk membuat permohonan, anda hanya perlu:

  • Klik pautan berikut: https://bpr.hasil.gov.my/
  • Isikan maklumat yang diperlukan secara online ATAU
  • Download borang permohonan dan hantar ke pejabat LHDN yang terdekat dengan anda ATAU
  • Hadir ke Pejabat Cawangan LHDN, Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDN dan UTC LHDN bersama borang permohonan yang telah diisi.

Tarikh Permohonan & Tarikh Pembayaran BPR 2021. Semak Disini

Latest articles

Permohonan Pembantu Pustakawan Gred S1 SPA : Syarat, Gaji, Tugas & Cara Mohon Lengkap

Panduan ini disusun khas untuk membantu anda faham syarat sebenar, tugas kerja, prospek kerjaya dan langkah mohon melalui SPA9 dengan lebih jelas dan teratur.

Permohonan Tajaan Pendidikan YTP MARA Kini Di Buka, Ini Syarat Apply

YTP MARA 2026 ialah tajaan pendidikan untuk lepasan SPM 2025 Bumiputera cemerlang. Permohonan dibuka dari 31 Mac 2026 hingga 13 April 2026. Secara umum, laluan dalam negara sekitar 7A, manakala laluan luar negara sekitar 8A, tertakluk kepada syarat program.

Apa Itu Resume Mesra ATS: Panduan Lulus Sistem Tapisan Automatik Majikan Sepanjang Tahun

Resume ATS 2026: Cara Buat Resume Mesra ATS, Contoh Resume Lulus ATS & Strategi Lepasi Saringan

Permohonan Hadiah Pengajian IPT RM1,000 Untuk Anak Selangor Kini Dibuka (HPIPT 2026)

HPIPT bantuan berbentuk one-off sebanyak RM1,000. Sangat berguna untuk menampung kos awal melanjutkan pelajaran ke Universiti. Ini cara mohon

More like this