Adakah Keselamatan Makanan Terjamin Pada 2021 Nanti? Ini Jaminan Yang Dibentangkan Dalam Bajet 2021

Prihatin dengan masalah pandemik Covid-19 yang melanda negara, kerajaan memastikan agar keselamatan makanan dipertingkatkan untuk kesejahteraan rakyat terjamin. Kerajaan telah menyediakan satu inisiatif yang dinamakan sebagai Jaminan Keselamatan Makanan.

Melalui inisiatif ini juga, tahap keselamatan makan dapat diperkukuhkan dan para pengusaha dapat menghasilkan makanan yang selamat dan mengekalkan premis yang bersih.

Terdapat 7 inisiatif yang disediakan oleh kerajaan untuk memastikan jaminan keselamatan makanan demi kesejahteraan rakyat. Mari kita liha apakah inisiatif tersebut.

7 INISIATIF JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN

Antara 7 inisiatif jaminan keselamatan makanan yang dibentangkan ketika Belanjawan 2021 ialah:

1. PROGRAM PERMODENAN VESSEL & MEKANISASI TANGKAPAN

Melalui program ini,

  • Kerajaan memberikan pembiayaan melalui Agro Bank sehingga RM5 juta pada kadar 3.5% untuk tempoh 10 tahun.
  • Kerajaan juga memberikan peruntukan ini untuk menaik taraf peralatan, pukat dan bot pada para nelayan.

Peruntukan: RM150 juta

2. PERLUASAN PROGRAM KEBUN KOMUNITI

Peruntukan yang diberikan adalah untuk peralatan dan media tanaman kebun masing-masing seperti berikut:

  • RM500 untuk individu
  • RM50,000 untuk setiap komuniti

Peruntukan untuk program ini juga bakal memanfaatkan seramai 60,000 orang peserta yang menyertai Program Kebun Komuniti ini.

Peruntukan: RM30 juta

3. PROJEK PERTANIAN ORGANIK

Program ini merupakan satu sistem pengurusan pengeluaran makanan holistik yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian. Jadi, melalui projek ini, ia akan memanfaatkan sebanyak 1,000 komuniti khasnya.

Peruntukan: RM50 juta

4. PROJEK PERTANIAN & PENTERNAKAN BERIMPAK & BERNILAI TINGGI

  • Peruntukan untuk projek ini sememangnya dinantikan bagi memastikan sektor ini berupaya menghasilkan tuaian yang lebih baik.
  • Peruntukan ini juga boleh digunakan dalam menambah baik teknologi tanaman serta memberi nilai keuntugan yang tinggi kepada para petani serta dijalankan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Peruntukan: RM100 juta

5. PROGRAM PENGEMBANGAN AKUAKULTUR

  • Kerajaan akan memberikan Geran Padanan sehingga RM20,000 pada peserta Program Pengembangan Akuakultur.
  • Pengusaha mikro untuk membeli peralatan bagi mengembangkan ternakan akuakultur bernilai tinggi.

Peruntukan: RM10 juta

6. PROGRAM LADANG E-SATELIT

  • Peserta program ini akan diberikan Geran Padanan sehingga RM30,000 kepada setiap Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).
  • Memanfaatkan lebih 300 PPK dengan hampir 1 juta petani dan peladang.
  • Pembelian peralatan pertanian berasaskan Internet Of Things.

7. PROGRAM MODENISASI RANTAIAN NILAI AGROMAKANAN

  • Pembiayaan sehingga RM1 juta pada kadar 3.5% untuk 10 tahun.
  • Pengusaha pertanian untuk memperolehi peralatan dan teknologi berteraskan Revolusi Industri (IR4.0)

Adakah Keselamatan Makanan Terjamin Pada 2021 Nanti? Ini Jaminan Yang Dibentangkan Dalam Bajet 2021

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.