Umum mengetahui Bantuan Sara Hidup (BSH) telah digantikan dengan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) semasa pembentangan Bajet 2021 yang lepas. BPR yang menggantikan BSH dan ditambah baik dengan penambahan kategori serta kenaikan kadar bantuan kepada penerima yang layak.
Setiap pembayaran akan dimasukkan atau dikreditkan terus ke akau bank penerima sekiranya permohonan diluluskan. Pembayaran BPR ke akaun penerima juga akan dilakukan secara berperingkat sehingga mencukupi nilai keseluruhan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
JADUAL TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021
Isi Kandungan
Hari ini adalah tarikh pembayaran bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) terutamanya mereka yang lulus permohonan rayuan. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan rujuk artikel mengenai tarikh pembayaran BSH permohonan rayuan disini.
Bagi tarikh pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021, sila rujuk jadual yang dikongsikan ini:
1. Kategori : Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah
Jumlah bantuan
- RM1,200: 1 orang anak
- RM1,800: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 | FASA 2 |
2021 | 2021 |
Penghujung Februari 2021 | September / Oktober 2021 |
2. Kategori : Isi Rumah RM2,501 hingga RM4,000
Jumlah bantuan
- RM800: 1 orang anak
- RM1,200: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 | FASA 2 |
2021 | 2021 |
Penghujung Februari 2021 | September / Oktober 2021 |
3. Kategori : Isi Rumah RM4,001 hingga RM5,000
Jumlah bantuan
- RM500: 1 orang anak
- RM750: 2 orang anak atau lebih
FASA 1 | FASA 2 |
2021 | 2021 |
Penghujung Februari 2021 | September / Oktober 2021 |
4. Kategori : Individu bujang berpendapatan RM2,500 ke bawah (21 tahun ke atas)
Jumlah bantuan:
- RM350 one-off
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021
Adakah anda rasa anda layak atau tidak untuk membuat permohonan BPR? Jika masih rasa was-was, anda boleh buat semakan di:
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN PRIHATIN RAKYAT (BPR) 2021
Sekiranya permohonan berjaya dan diluluskan oleh LHDNM, wang bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun anda bermula:
- Fasa 1: Penghujung Februari 2021
- Fasa 2: September / Oktober 2021
Nota: Sebarang maklumat lanjut mengenai BPR, akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.