Jika anda ingin membuat perjalanan ke sesuatu tempat tetapi risaukan tempat tersebut mungkin berada dalam zon kuning atau merah, anda perlu mengemaskini status Zon Covid-19 terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan anda.
Sekurangya anda terlepas daripada risiko dijangkiti Covid-19 seterusnya mengurangkan risiko jangkitan sekiranya melawat tempat yang tidak sepatutnya.
Bagaimanakah untuk mengemaskini status Zon Covid-19 melalui MySejahtera ini? Caranya mudah sahaja dan ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.
CARA KEMASKINI STATUS ZON COVID-19 DENGAN MYSEJAHTERA
Isi Kandungan
Untuk mengemaskini status Zon Covid-19 dengan menggunakan MySejahtera, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini:
1. Buka Aplikasi MySejahtera
- Klik TUTUP pada bahagian CHECK IN
2. Klik STATUS RISIKO
- Seterusnya anda klik pada icon STATUS RISIKO / RISK STATUS
3. Kemaskini Status Kesihatan
- Pada bahagian ini anda perlu mengemaskini status kesihatan anda dengan menjawab soalan yang diberikan satu persatu dan dengan jujur.
- Jawab semua soalan dan klik HANTAR.
- Notis SILA PASTIKAN MAKLUMAT ADALAH TEPAT SEBELUM DIHANTAR dan klik OK.
- Notis TERIMA KASIH ATAS MAKLUM BALAS ANDA dan klik OK untuk melihat status terkini.
4. Lihat Status Zon Covid-19 Terkini
- Klik pada ikon PROFIL anda dan lihat tarikh terkini, warna zon status lokasi terkini mengikut daerah anda.
Nota: Untuk status terkini loaksi semasa anda pada keesokan hari atau seterusnya, pastikan anda mengemaskini status risiko dan ulang setiap langkah yang dikongsikan ini.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Jika anda mempunyai pertanyaan serta inginkan maklumat lanjut berkaitan status Zon Covid-19 di Malaysia terutamanya, sila dapatkan di:
Bilik Gerakan KKM
- Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
- Whatsapp : +60178429454
- Email : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.