Pernah dengar tak Isharefans? Skim pemberian duit secara percuma dan ramai yang terpengaruh dengan skim ini. Namun tular di media sosial bahawa pengeluaran wang tersebut tidak dapat dikeluarkan oleh orang ramai selepas membuat pembayaran dan selepas membuat tugasan sehingga mencapai duit terkumpul yang ditetapkan.
Caranya sangat mudah,
- Daftar sebagai ahli
- Tonton dan like video tersebut
- Screenshot
Selepas lakukan tugasan tersebut anda akan menerima wang ganjaran yang dijanjikan. Namun wang percuma tersebut tidak begitu lumayan kerana anda mendaftar secara percuma sahaja.
UPGRADE AKAUN ISHAREFANS
Isi Kandungan
Ahli biasa yang tidak membuat langganan pastinya menerima wang ganjaran yang tidak lumayan iaitu sebulan tidak sampai RM100. Jadi, ramai yang kabur mata dan membuat pelaburan dengan upgrade akaun seperti pakej seperti berikut:
- Silver
- Gold
- Diamond
Harga yang ditawarkan untuk upgrade akaun ke pakej-pakej tersebut bermula daripada RM300 sehingga RM9,900 semata-mata untuk mendapat hasil yang lebih lumayan.
PENEBUSAN WANG TIDAK DAPAT DILAKUKAN
Terkini, ramai ahli yang membuat rungutan bahawa mereka tidak dapat menebus wang dari e-Wallet Isharefans walaupun sebelum ini dapat membuat penebusan tanpa sebarang masalah.
Malah, kenyataan daripada website Isharefans, penebusan tidak dapat dilakukan kerana Covid-19 dan proses penebusan menjadi sedikit lewat. Ini menyebabkan ahli Isharefans ragu-ragu dan mendakwa bahawa telah ditipu oleh Isharefans.
BUAT LAPORAN POLIS
Ahli-ahli yang rasa tertipu dengan scam Isharefans ini berbincang dan bakal membuat laporan polis untuk mendapatkan semula duit yang telah dilaburkan bagi naik taraf akaun ke pakej yang lebih baik.
Jadi, sama-samalah kita tunggu perkembangan seterusnya mengenai Isharefans ini dan diharap para ahlinya sentiasa bersabar dan jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.