i-Sinar: Tarikh Permohonan Dan Pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000. Ini Cara Mohon

Setelah Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz mengumumkan bahawa semua ahli KWSP yang terjejas pendapatannya boleh membuat pengeluaran sehingga maksimum RM10,000, semua ahli KWSP menarik nafas dengan lega. Secara tidak langsung, ahli KWSP ingin mengetahui tarikh permohonan dan pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000 serta cara memohonnya.

Jadi, bilakah ahli KWSP boleh membuat pengeluaran wang dari Akaun 1 KWSP i-Sinar ini?

TARIKH PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1

Tarikh untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah pada:

  • 21 Disember 2020

TARIKH KREDIT WANG i-SINAR KWSP AKAUN 1

Tarikh kredit wang RM10,000 i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah:

  • Januari 2021

JUMLAH PENGELUARAN MAKSIMUM i-SINAR KWSP AKAUN 1

Jumlah pengeluaran maksimum i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah sebanyak:

  • RM10,000

SYARAT TERBARU PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1

Antara syarat terbaru pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 ialah:

  • Ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
  • Ahli semua sektor yang terjejas teruk juga layak membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1.
  • Terbuka kepada ahli yang mencarum secara aktif atau tidak.
Nota: Syarat umum yang seterusnya dan lebih terperinci akan diumumkan dalam masa yang terdekat dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP AKAUN 1

Untuk membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 RM10,000 :

  • Permohonan boleh dibuat melalui i-Akaun KWSP atau melalui Portal i-Sinar.
  • Juga anda boleh hadir dimana-mana pejabat KWSP yang terdekat.
  • Tunjukkan bukti kehilangan pekerjaan, notis cuti tanpa gaji, potongan gaji/ elaun / OT atau pengurangan pendapatan sekiranya bekerja sendiri.
Nota: Portal i-Sinar masih lagi dalam proses pembangunan. Kami akan mengemakini perkembangan portal ini dari semasa ke semasa.

i-Sinar: Tarikh Permohonan Dan Pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000. Ini Cara Mohon

MAKLUMAT PENTING PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR KWSP RM10,000

Antara maklumat penting yang diperlukan untuk permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP RM10,000 ialah:

  • Nama penuh pemohon
  • Nombor kad pengenalan pemohon
  • No Ahli KWSP pemohon
  • Nama bank dan mombor akaun bank pemohon
  • Nombor telefon pemohon yang masih aktif
  • Jumlah pengeluaran

i-Sinar: Tarikh Permohonan Dan Pengeluaran KWSP Akaun 1 RM10,000. Ini Cara Mohon

INFO LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.