Mungkin ramai yang belum tahu bahawa pencarum KWSP yang beragama Islam perlu membuat bayaran Zakat KWSP dan ianya diwajibkan setelah memenuhi syarat-syarat yang dikenakan kerana konsepnya sama seperti wang simpanan.
Cuma terdapat sedikit perbezaan iaitu wang simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan dengan mudah seperti simpanan biasa dan ianya tidak memenuhi syarat SEMPURNA MILIK.
Apa itu syarat SEMPURNA MILIK? Syarat Sempurna Milik akan dipenuhi sejurus:
- Pencarum diberi kebenaran untuk mengeluarkannya sama ada sudah capai umur atau pengeluaran lain yang dibenarkan dibawah Skim Pengeluaran KWSP.
- Tertakluk kepada jenis-jenis pengeluaran yang dibuat berpandungan Mesyuarat Persekutuan kali ke-120.
INFO RINGKAS ZAKAT KWSP
Isi Kandungan
Zakat KWSP adalah satu zakat yang dikenakan kepada pencarum apabila simpanan KWSP DIKELUARKAN dan hendaklah MENCUKUPI NISAB semasa dikeluarkan.
Jika simpanan KWSP yang dikeluarkan itu simpan selama SETAHUN dan CUKUP HAUL, maka ia akan dikenakan sekali lagi sebagai zakat wang simpanan.
KADAR ZAKAT KWSP YANG DIWAJIBKAN
Kadar Zakat KWSP yang wajib dikeluarkan sama ada ketika bersara, membeli rumah atau sebarang pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak:
- 2.5% dari jumlah yang dikeluarkan
Namun terdapat 2 jenis pandangan bagi Zakat KWSP dan ianya adalah berdasarkan pengeluaran yang pencarum lakukan seperti:
1. Pengeluaran Sebahagian (Milikan Belum Sempurna Sebelum 55 Tahun)
- 2.5% daripada pengeluaran KWSP wajib dizakatkan dan jumlah pengeluaran tidak mengira sama ada mencapai nisab atau tidak.
- Jika jumlah pengeluaran dibawah nisab pula, disarankan untuk mencampurkan bersama pendapatan lain seperti wang gaji dan dizakatkan sebanyak 2.5% daripadanya jumlah pendapatan tersebut.
2. Milikan Penuh Semasa 55 Tahun (Pemilikan Sempurna)
- 2.5% atas keseluruhan wang KWSP wajib dizakatkan. Cara kiraan adalah mengikut kaedah kiraan zakat wang simpanan. Jadi, tiada lagi tolakan wang caruman KWSP pada taksiran zakat pendapatan untuk yang masih bekerja dan membuat caruman KWSP.
CONTOH KIRAAN ZAKAT KWSP
Puan Hani yang berumur 40 tahun mengeluarkan wang caruman KWSP i-Sinar sebanyak RM10,000. Jumlah Zakat yang dikenakan ialah:
- RM10,000 x 2.5% = RM250 sahaja
ZAKAT KE ATAS PENGELUARAN i-LESTARI
Sebelum ini pihak KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan wang sebanyak RM500 setiap bulan melalui Pengeluaran i-Lestari.
Tujuannya adalah untuk membantu meringankan beban kewangan ahli terutamanya mereka yang terjejas kerana Covid-19 dan PKP / PKPB / PKD seterusnya menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan serta terjejas pendapatan.
Menurut pandangan Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS), hukum mengeluarkan zakat bagi ahli KWSP yang beragama Islam membuat pengeluaran adalah seperti berikut:
Hukum Zakat: Tidak Diwajibkan
- Untuk kelangsungan hidup diri sendiri dan tanggungannya dalam menampung keperluan asas seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan (Hajah Asliyah).
Hukum Zakat: Diwajibkan
- Untuk tujuan selain menampung keperluan asas diri sendiri dan tanggungannya (Bukan Hajah Asliyah)
- Kadar 2.5% sekiranya mencapai nisab tanpa perlu menunggu haul.
CARA PEMBAYARAN ZAKAT KWSP SECARA ONLINE
Jika anda ingin membuat pembayaran Zakat KWSP secara online, sila buat pembayaran mengikut negeri masing-masing seperti berikut:
- Sabah : Majlis Ugama Islam Sabah
- Sarawak : Baitulmal Sarawak
- Pahang : Zakat Pahang
- Perak : Zakat MAIPk
- Johor : Zakat MAIJ
- Negeri Sembilan : Majlis Agama Islam Negeri Sembilan
- Melaka : Pusat Zakat Melaka
- Terengganu : Zakat MAIT
- Kelantan : Zakat MAIK
- Perlis : Majlis Agama Islam Perlis
- Pulau Pinang : Zakat Pulau Pinang
- Kedah : Lembaga Zakat Kedah
- WIlayah Persekutuan : Pusat Pungutan Zakat MAIWP
- Selangor : Lembaga Zakat Selangor
Sebarang maklumat lanjut serta pertanyaan yang lebih jelas mengenai Zakat KWSP, terus hubungi Pusat Zakat negeri masing-masing.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.