Ramai yang kecewa apabila kWSP telah mengumumkan perincian bagi permohonan iSinar dengan pembahagian kategori yang layak untuk mengeluarkan wang dari Akaun 1 KWSP. Mungkin ramai yang tidak layak tetapi sangat memerlukan wang untuk kelangsungan hidup seterusnya memikirkan alternatif seterusnya dengan membuat permohonan moratorium dengan bank-bank yang terlibat.
Juga dapatkan perincian iSinar seperti kategori, tarikh dan cara mohon disini.
Anda boleh dapatkan senarai bank yang terlibat dengan lanjutan moratorium seperti yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia sekiranya layak seperti yang disyaratkan oleh agensi perbankan tersebut.
Dapatkan senarai bank yang terlibat dengan lanjutan moratorium melalui perkongsian ini.
SENARAI BANK YANG TERLIBAT LANJUTAN MORATORIUM
Isi Kandungan
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai 18 Mac 2020 dan akan berakhir 31 Mac 2020 nanti, ramai pekerja dijangka terjejas khususnya pendapatan mereka. Oleh sebab itu, Persatuan Bank dalam Malaysia telah mengumumkan bahawa ahli-ahlinya komited dalam membantu rakyat Malaysia menghadapi krisis dunia ini.
Antara bank yang terlibat dengan lanjutan moratorium ialah:
1. CIMB : CIMB Islamic CIMB Moratorium
2. Maybank : Maybank Islamic Maybank Moratorium
3. Hong Leong Bank : Hong Leong Islamic Hong Leong Bank Moratorium
4. Affin Bank : Affin Islamic Affin Bank Moratorium
5. AmBank : AmBank Moratorium
6. Bank Islam : Bank Islam Moratorium
7. Bank Simpanan Nasional (BSN) : Bank Simpanan Moratorium
8. Agro Bank : Agro Bank Moratorium
9. Bank Muamalat : Bank Muamalat Moratorium
10. Bank Rakyat : Bank Rakyat Moratorium
11. HSBC Amanah : HSBC Bank Moratorium
12. Public Bank : Public Bank Moratorium
13. OCBC Al Amin Bank Berhad : OCBC Bank Moratorium
14.MBSB Bank : MBSB Bank Moratorium
15. RHB Bank : RHB Islamic RHB Bank Moratorium
16. Standard Chartered Saadiq : Standard Chartered Bank Moratorium
17. Alliance Bank : Alliance Bank Moratorium
18. SME Bank : SME Bank Moratorium
PILIHAN MORATORIUM
Terdapat 2 pilihan moratorium yang ditawarkan pihak bank kepada penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau Bantuan Prihatin rakyat (BPR) dan peniaga kecil atau mikro seperti:
- Moratorium selama tiga bulan
- Pengurangan bulanan sebanyak 50% untuk tempoh selama 6 bulan
CARA PERMOHONAN MORATORIUM LANJUTAN B40 AUTOMATIK
Untuk membuat permohonan moratorium lanjutan B40 secara automatik ini, sila lakukan:
- Hubungi pihak bank anda.
- Nyatakan pilihan anda pada bila-bila masa mulai 23 November 2020 hingga 30 Jun 2021 dan kelulusan diberikan secara automatik.
Dapatkan info penuh cara mohon moratorium dan kategori pinjaman untuk moratorium lanjutan melalui link berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.