Murid Sekolah Boleh Pakai Kasut dan Stoking Hitam Atau Putih Tahun 2021
Sebelum ini masing-masing berdebat warna kasut apakah yang akan dipakai oleh murid sekolah dan akhirnya Kementerian Pendidikan Malaysia telah memutuskan murid sekolah dibenarkan untuk memilih sama ada memakai kasut yang berwarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut yang telah dipakai.
Jadi, mulai 2021 semua murid sekolah di Malaysia terutamanya ibu bapa tidak perlu pening untuk fikir warna kasut dan stoking yang akan dipakai semasa sesi persekolahan yang akan dibuka nanti.
PROSEDUR PEMAKAIAN STOKING DAN KASUT SEKOLAH 2021
Isi Kandungan
Prosedur atau tatacara pemakaian stoking dan kasut sekolah tahun 2021 ialah:
- Kasut berwarna hitam : Dipakai bersama-sama stoking berwarna hitam.
- Kasut berwarna putih : Dipakai bersama-sama stoking berwarna putih.
Dalam satu edaran surat pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan yang ditandatangani Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Habibah Abdul Rahim semalam, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Profesional kementerian berkenaan pada 17 November lalu yang turut memutuskan pemakaian warna stoking adalah mengikut warna kasut yang dipakai.
PRIHATIN DENGAN IBU BAPA UNTUK PERSEDIAAN PERSEKOLAHAN 2021
Kementerian sentiasa prihatin keperluan ibu bapa menyediakan kelengkapan persekolahan anak masing-masing sebelum bermula sesi persekolahan baharu.
Bagi memudahkan ibu bapa dalam memenuhi keperluan tersebut, Mesyuarat Profesional memutuskan bahawa mulai tahun 2021, semua murid dibenarkan memilih sama ada memakai kasut berwarna hitam atau putih serta stoking mengikut warna kasut.
PEMILIHAN JENIS KASUT MURID SEKOLAH TAHUN 2021
Kementerian menetapkan pemilihan jenis kasut pula adalah:
- Diperbuat daripada kanvas atau daripada bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya serap dan penyaluran gerak udara.
- Pemilihan jenis kasut itu mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan semua pelajar.
SURAT PEKELILING KASUT DAN STOKING MURID SEKOLAH TAHUN 2021
Dua tahun lalu, Kementerian Pendidikan mengeluarkan pekeliling berhubung pelaksanaan pemakaian kasut dan stoking warna hitam sepenuhnya semua pelajar sekolah mulai 2021 selepas dilaksanakan beransur-ansur mulai sesi persekolahan 2019 dan diperluaskan penggunaannya pada tahun ini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.