6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

Untung betul rakyat negeri Melaka kerana Lembaga Perumahan Melaka (LPNM) telah menyediakan 6 kategori Rumah Mampu Milik di Melaka dengan harga yang sangat murah dan berbaloi untuk dimiliki oleh rakyatya.

Pastinya anda yang belum memiliki rumah terutamanya golongan B40 serta belia yang berpendapatan rendah digalakkan untuk membuat permohonan memiliki rumah mampu milik yang murah harganya berbanding pasaran luar.

Dapatkan cara permohonan serta syarat kelayakan berdasarkan 6 kategori rumah mampu milik ini.

SYARAT KELAYAKAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM MENGIKUT KATEGORI

6 kategori Rumah Mampu Milik Melaka LPNM beserta syarat kelayakan ialah:

RUMAH PPR

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

RUMAH KOS RENDAH

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM3,000 dan ke bawah
  • Tidak pernah memiliki rumah
  • Berumur 20 tahun ke atas

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM6,000 sebulan
  • Berumur 20 tahun ke atas

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

RUMAH MAMPU MILIK

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah RM8,000 dan ke bawah
  • Berumur 20 tahun ke atas

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

RUMAH BELIA

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah  RM8,000 dan ke bawah
  • Berumur 18 hingga 35 tahun

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

RUMAH BERKAT

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berkahwin
  • Pemohon berusia 20 hingga 35 tahun
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri
  • Pemohon bekerja di Melaka
  • Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM3,000
  • Tempoh penyewaan hanya 3 tahun
  • Tiada rekod jenayah

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

DOKUMEN SOKONGAN BAGI PERMOHONAN RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM

Semua permohonan bagi 6 kategori Rumah Mampu Milik Melaka LPNM ini memerlukan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Gambar berukuran pasport.
  • Salinan kad pengenalan pemohon.
  • Salinan kad pengenalan pasangan (Suami & Isteri).
  • Salinan sijil nikah atau surat pendaftaran perkahwinan (Jika berkenaan).
  • Sijil cerai atau sijil kematian (Jika berkenaan).
  • Salinan slip gaji terkini atau surat akuan pendapatan dan disahkan benar oleh majikan / MPKK (Suami & Isteri)
  • Bayaran proses RM5
  • Salinan surat beranak bagi pemohon yang berasal dari Sarawak & Sabah

CARA MOHON RUMAH MAMPU MILIK MELAKA LPNM

Terdapat 2 kaedah untuk mohon Rumah Mampu Milik Melaka LPNM iaitu:

Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka LPNM Manual

Dapatkan borang permohonan di :

  • Pejabat Lembaga Perumahan Melaka ATAU
  • Kaunter LPM di UTC
  • Muat turun dari laman web : https://lpnm.gov.my/

Permohonan Rumah Mampu Milik Melaka LPNM Online

Mohon secara online seperti berikut:

6 Kategori Rumah Mampu Milik Melaka, LPNM. Semak Syarat Kelayakan Disini

  • Klik DAFTAR PENGGUNA.
  • Isikan maklumat yang diminta.
  • Buat pengesahan melalui e-mel.
  • Pilih projek yang bersesuaian dengan kelayakan anda.
  • Buat permohonan dan isi maklumat yang diperlukan dan klik HANTAR.

Untuk dapatkan senarai projek penuh, sila klik pautan berikut:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka

  • No. 9 – 1, Jalan TU 49A,
    Kompleks Komersial Boulevard,
    Taman Tasik Utama,
    75450 Ayer Keroh.
    Tel: 606-2320450

Pejabat Lembaga Perumahan Melaka Cawangan UTC

  • Aras 5, Bangunan UTC Melaka,
    Jalan Hang Tuah,
    Melaka.
    Tel : 606-3333333
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.