Terkini, anda boleh membeli barang-barang runcit dengan menggunakan perkhidmatan daripada Foodpanda iaitu Pandamart pula. Ia diperkenalkan oleh Foodpanda dan Pandamart ini merupakan satu perkhidmatan penghantaran barangan runcitnya yang terbaru.
Perkhidmatan penghantaran ini melibatkan lebih daripada 3,500 produk dan merangkumi 100 jenama antarabangsa dan juga produk tempatan seperti:
- Barang keperluan rumah
- Barangan segera
- Produk kecantikan
- Ubat-ubatan
LOKASI PERKHIDMATAN PANDAMART
Isi Kandungan
Perkhidmatan penghantaran Pandamart ini sebenarnya sudah beroperasi secara online bermula bulan Julai yang lalu dan buat masa sekarang boleh didapati di 25 lokasi sekitar :
- Lembah Klang
- Pulau Pinang
- Johor
SENARAI 25 LOKASI PERKHIDMATAN PANDAMART
- Bangsar
- Setapak
- Subang
- Ampang / Cheras
- Bukit Tinggi
- Bukit Jalil
- Petaling Jaya
- KLCC
- Puchong
- Balakong
- Kajang
- Setia Alam
- Kota Damansara
- Shah Alam
- Ara Damansara
- Selayang
- Sungai Buloh
- Cyberjaya
- Bayan Lepas
- Georgetown/Jelutong
- Perai/Bukit Mertajam
- Mount Austin
- Universiti Teknologi Malaysia
- Permas Jaya
- Mont Kiara
CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGHANTARAN PANDAMART
Untuk menggunakan perkhidmatan pengahantaran barang runcit Pandamart, anda hanya perlu ikuti langkah-langkah berikut:
- Buka aplikasi Foodpanda anda.
- Klik SHOPS.
- Pilih PANDAMART (pada bahagian Fastest Delivery)
- Pilih barangan runcit yang anda mahukan dan masukkan dalam CART.
- Daftar keluar dan lakukan pembayaran atas pembelian anda.
PEMBELIAN MINIMUM & CAJ PENGHANTARAN PANDAMART
Jumlah pembelian minimum adalah berjumlah:
- RM5
TEMPOH PENGHANTARAN
- Tempoh penghantaran adalah selama 20 minit sahaja dan bergantung kepada jumlah barangan yang anda order.
CAJ PENGHANTARAN
- Caj penghantaran item Pandamart adalah percuma sepanjang tempoh empat bulan pertama pembukaan Pandamart baharu. Kemudiannya akan dicaj RM1 hingga RM2 untuk setiap penghantaran.
Nak berjimat lagi? Dapatkan vouchers dan promo codes Foodpanda bagi bulan Disember 2020 disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.