Nampaknya pandemik Covid-19 semakin menular dengan pertambahan pesakit dan menyedari perkara ini, kerajaan akan menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang akan mula bertugas pada hujung bulan ini.
Jika sebelum ini tidak semua petugas frontliner KKM tidak menerima elaun khas Covid-19, namun terkini semua petugas frontliner KKM yang terlibat dengan penugasan berkaitan dengan Covid-19, akan dibayar elaun setiap bulan sebanyak RM600.
Baca juga: Tidak Semua Petugas Frontliner KKM Diberi Elaun Khas Covid-19
Melalui Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), kerajaan bersetuju untuk memberikan elaun kepada petugas barisan hadapan kesihatan dan petugas barisan hadapan yang lain secara one-off.
JUMLAH BAYARAN ELAUN & TARIKH BAYARAN
Isi Kandungan
Seperti yang diumukan ketika Belanjawan 2021, frontliner ini akan diberikan bayaran secara one-off sebanyak:
- RM500: Petugas Barisan Hadapan KKM
- RM300: Petugas Barisan Hadapan Lain-Lain
Manakala pembayaran akan mula dibayar dalam suku tahun pertama tahun 2021.
Bagi pembayaran bulanan sedia ada adalah sebanyak:
- RM600: Petugas Barisan Hadapan KKM
- RM200: Petugas Barisan Hadapan Lain-Lain
Bayaran bulanan ini akan diteruskan sehingga wabak Covid-19 berakhir.
MENGUKUHKAN SISTEM KESIHATAN NEGARA
- Seramai 8,000 petugas kesihatan tambahan untuk Kementerian Kesihatan telah diluluskan pada tahun lepas.
- Mengambil kira situasi semasa, Kerajaan akan menambah lebih daripada 3,500 anggota kesihatan yang mula bertugas pada hujung bulan ini, dengan peruntukan tambahan RM150.
- Ini terdiri daripada penolong pegawai perubatan, paramedik, juruteknologi makmal dan jururawat. Sekiranya terdapat keperluan akan datang dan bagi menggerakkan program imunisasi kelak, Kerajaan bersedia menambah pengambilan baharu.
MENINGKATKAN KERJASAMA DENGAN HOSPITAL SWASTA
Untuk meneruskan semangat kerjasama antara sektor awam dan swasta dalam memerangi wabak COVID-19, hospital swasta telah bersetuju untuk menerima dan merawat kedua-dua pesakit COVID-19 dan juga bukan COVID-19 bagi meringankan tekanan kepada sistem kesihatan awam. Kerajaan akan memperuntukkan 100 juta ringgit bagi tujuan ini.
PENERIMA VAKSIN PERTAMA AWAL MAC
- Program vaksinasi ini dijangka berjalan secara berperingkat sehinggalah tempoh keseluruhannya selama 12 bulan.
- Kumpulan pertama yang dijangka menerima vaksin adalah pada awal Mac, dan dapat meliputi lebih daripada 80 peratus atau hampir 27 juta penduduk Malaysia menjelang suku pertama tahun 2022.
Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat juga bakal melaksanakan Program Bakul Makanan dengan segera agar isi rumah dan golongan-golongan rentan tidak tercicir untuk meneruskan kehidupan sepanjang pandemik Covid-19.
Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa patuh dengan arahan marilah kita bersama-sama mematuhi arahan SOP yang telah diarahkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan berdoa agar pandemik Covid-19 berakhir dengan segera.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.