Bantuan Cermin Mata Percuma BSN Untuk Pelajar Golongan B40

Jika pihak lain fokus untuk memberikan bantuan persekolahan seperti pakaian serta kelengkapan alat tulis, pihak Bank Simpanan Nasional (BSN) juga melakukan perkara yang sama melalui program ‘Jom To School Spectacular’ (JTS Spectacular).

Namun terdapat sedikit perbezaan daripada BSN kerana mereka turut prihatin dengan nasib pelajar dari golongan B40 dan tidak berkemampuan untuk menyediakan cermin mata agar selesa ketika belajar.

Baca juga: Laptop & Tablet Diberi Mulai Februari Untuk PdPR Melalui Inisiatif Cerdik Yayasan Hasanah

Sehubungan itu, BSN telah menyediakan satu bentuk bantuan yang sangat bermakna buat pelajar dari golongan B40 ini untuk belajar dengan selesa ketika mengikuti kelas online mereka.

PROGRAM JTS SPECTACULAR BSN

Seramai 2,000 pelajar kurang berkemampuan menerima inisiatif persiapan persekolahan melalui program ‘Jom To School Spectacular’ (JTS Spectacular).

Inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Simpanan Nasional (BSN) ini dijalankan sejak Disember lalu.

Ketua Pegawai Operasi BSN Kameel Abdul Halim berkata, pihaknya sedia maklum dan memahami kekangan dihadapi sesetengah keluarga kurang berkemampuan setiap kali tiba musim persekolahan.

Ia ditambah pula dengan penularan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Program JTS Spectacular ini yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat datang tepat pada masanya memandangkan pelajar kini memulakan sesi persekolahan secara dalam talian.

Bantuan Cermin Mata Percuma BSN Untuk Pelajar Golongan B40

BANTUAN CERMIN MATA PELAJAR B40 BSN

Kali ini BSN memfokuskan untuk menyediakan bantuan cermin mata bagi membantu pelajar daripada keluarga B40.

Bantuan cermin mata ini diharapkan dapat membantu pelajar mengikuti proses pembelajaran dengan lebih baik dan selesa terutamanya apabila perlu berinteraksi menerusi skrin komputer setiap hari.

BSN dengan kerjasama sekolah yang terpilih menganjurkan program ini dan sedikit sebanyak membantu meringankan beban pelajar golongan B40.

DEPOSIT RM50 KE AKAUN BSN PELAJAR

BSN juga akan mendepositkan RM50 ke akaun BSN pelajar.

Pelajar terpilih akan menerima pemeriksaan mata dan cermin mata percuma bernilai RM150 daripada pakar optometri yang dilantik oleh BSN serta beg sekolah BSN Care.

100 hingga 250 pelajar dari setiap negeri dipilih untuk menerima bantuan ini.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Maklumat lanjut berkaitan aktiviti serta program BSN Care boleh diperoleh dengan melayari www.bsn.com.my.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.