Ibu bapa perlu sentiasa alert dengan tarikh pendaftaran persekolahan anak-anak yang sentiasa dikemaskini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pastikan anda tidak terlepas peluang untuk membuat pendaftaran permohonan yang dibuka secara online.
Terkini, KPM telah membuat hebahan permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online bagi sesi 2022/2023 yang akan dibuka pada bulan Mac 2021.
Baca juga: Langkah-Langkah Renew Lesen & Roadtax Sepanjang PKP, Online Melalui mySikap
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 bagi Sesi 2022/2023 secara online? Rujuk perkongsian ini.
TARIKH BUKA & TARIKH TUTUP PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 ONLINE
Isi Kandungan
Anda boleh membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online bermula:
- 1 Mac 2021
Manakala tarikh tutup permohonan pendaftaran pula pada:
- April 2021
2 KAEDAH PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 KPM
Terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 iaitu:
Online
- Buat permohonan pendaftaran melalui pautan: https://public.moe.gov.my/
MANUAL
- Buat permohonan pendaftaran di sekolah (Rujuk pihak sekolah terlebih dahulu)
SYARAT KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2022/2023
Terdapat 2 syarat kemasukan murid iaitu untuk Tahun 1 2021 dan Tahun 1 2022. Syaratnya adalah seperti berikutL
- Murid Tahun 1 2022: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2015 sehingga 1 Januari 2016
- Murid Tahun 1 2023: Kanak-Kanak yang lahir pada 2 Januari 2016 sehingga 1 Januari 2017
CARA BUAT PERMOHONAN PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 SECARA ONLINE
Permohonan pendaftaran murid Tahun 1 Sesi 2022 dan 2023 secara online terbuka diseluruh negeri di Malaysia iaitu Semenanjung Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Untuk membuat permohonan pendaftaran murid Tahun 1 secara online seperti berikut:
- Klik pautan berikut: https://public.moe.gov.my/
- Daftar dahulu sekiranya belum pernah membuat pendaftaran dengan klik pada PENGGUNA BARU. Isikan maklumat dan klik DAFTAR.
- Setelah siap daftar, LOG MASUK dengan memasukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN yang telah anda daftarkan tadi.
- Seterusnya klik DAFTAR MASUK dan buat pendaftaran anak anda.
- Cetak segala borang yang telah siap diisi bersama dokumen yang diperlukan ke skolah yang dipohon.
- Rujuk https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf untuk lebih jelas.
Baca juga: ISinar: Tarikh Jangkaan Pembayaran Duit iSinar Bulan Februari. Semak Disini
DOKUMEN SOKONGAN PENDAFTARAN ONLINE MURID TAHUN 1 2022 / 2023
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran ialah:
- Sijil lahir anak (salinan + asal)
- Kad pengenalan ibu bapa (salinan + asal)
- Surat nikah / cerai (salinan+asal)
- Bil yang mempunyai alamat tempat tinggal anda
- Sampul surat standard dan setem
- Laporan doktor dan kad OKU jika berkaitan
- Semua dokumen salinan perlulah disahkan sebelum dihantar ke sekolah.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat selanjutnya mengenai permohonan pendaftaran Murid Tahun 1 Sesi 2022/2023 di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.