Ini 6 Kategori Pelajar IPT Yang Dibenarkan Kembali Semula Ke Kampus Mulai 1 Mac. Semak Sekarang
Melalui kenyataan media yang telah dikongsikan di Facebook rasmi Kementerian Pengajian Tinggi, pelajar IPT dibenarkan untuk pulang semula ke kampus secara fizikal mulai 1 Mac 2021.
Namun, hanya 6 kategori pelajar sahaja yang dibenarkan untuk kembali semula ke kampus untuk pembelajaran secara bersemuka pada kali ini.
Baca juga: e-Dompet RM100 Untuk e-Belia Umur 18 Hingga 20 Tahun. Mahasiswa Juga Terima Manfaatnya
Apakah 6 kategori pelajar IPT yang dibenarkan untuk pulang semula ke kampus pada 1 Mac 2021 nanti? Semak disini.
TARIKH KEMBALI SEMULA KE KAMPUS
Isi Kandungan
- Bermula 1 Mac 2021
6 KATEGORI PELAJAR IPT YANG DIBENARKAN KEMBALI SEMULA KE KAMPUS
6 kategori pelajar IPT tersebut ialah:
- Pelajar dari program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio , bengkel dan peralatan khas.
- Pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian.
- Pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh meneruskan pembelajaran secara hibrid.
- Semua pelajar antarabangsa sedia ada dan baharu kecuali dari United Kingdom.
- Pelajar Berkeperluan Khas (OKU).
- Pelajar yang menduduki peperiksaan Malaysia Universiti English Test (MUET), antarabangsa dan badan profesional.
PERGERAKAN PULANG PELAJAR BERKEPERLUAN
- Diwajibkan untuk menjalani Ujian Ujian Swab Test yang akan dibiayai oleh KKM.
- Untuk pelajari dari negeri Sabah dan Sarawak pula akan ditempatkan di pusat pengasingan yang ditentukan oleh IPT masing-masing bagi memastikan bebas daripada sebarang gejala Covid-19.
- Diwajibkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum dibenarkan pulang ke kampus.
- Kos makan minum dan kuarantin mulai 1 Mac 2021 akan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.
KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Dapatkan maklumat lanjut mengenai urusan kemasukan 6 kategori pelajar IPT melalui Bilik Gerakan Covid-19 KPT di talian berikut:
- 0388706777
- 038870 6949
- 038870 6623
- 038870 6628
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.