Sekiranya anda pernah menerima atau belum pernah menerima sebarang emel daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang menyatakan bahawa terdapat bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran iSinar, hati-hati kerana ia adalah emel palsu!
Jadi, anda boleh sahaja padam emel tersebut atau jangan reply emel berkenaan kerana dikhuatiri segala data peribadi anda akan jatuh ke tangan scammer seterusnya mengakibatkan wang dalam akaun anda hilang begitu sahaja.
Ingat, terdapat pelbagai cara yang dilakukan oleh scammer untuk memerangkap anda termasuk membina laman web palsu Maybank2u yang seakan sama dengan laman web Maybank2U yang asal.
EMEL PALSU BAYARAN LEBIHAN CUKAI iSINAR
Isi Kandungan
Scammer pastinya mengetahui tarikh-tarikh kemasukan wang iSinar dan bertindak dengan pantas dengan menghantar emel palsu secara rambang dan mereka yang tidak berhati-hati pastinya akan memberikan data peribadi kepada scammer ini.
Emel palsu yang dihantar kepada pengguna ialah:
- Berkenaan bayaran lebihan cukai daripada pengeluaran iSinar
FAKTA MENGENAI BAYARAN LEBIHAN CUKAI iSINAR
Fakta yang anda perlu tahu mengenai bayaran lebihan cukai iSinar ialah:
- Semua pengeluaran simpanan KWSP tidak dikenakan cukai
- Emel tersebut adalah untuk pishing data peribadi Ahli KWSP
4 APLIKASI PALSU KWSP
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak KWSP, pihaknya tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahlinya.
4 Aplikasi palsu KWSP tersebut ialah:
- My Fund
- i-Sinar Online (3 aplikasi)
Ke empat-empat aplikasi ini dibangunkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas ahli KWSP yang ingin mengetahui cara pengeluaran i-Sinar.
Rujuk: Hati-Hati, Jangan Terpedaya Dengan 4 Aplikasi Palsu KWSP Yang Perlu Anda Ambil Tahu
SEMAK DAHULU APLIKASI YANG TIDAK BERKAITAN
Anda juga diingatkan untuk tidak memuat turun aplikasi yang tidak pernah disahkan oleh KWSP dan semak dahulu aplikasi tersebut sebelum memuat turun.
Baca juga: ISinar: Tarikh Jangkaan Pembayaran Duit iSinar Bulan Februari. Semak Disini
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai iSinar KWSP, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.