Permohonan Guru Ganti MySTEP, Gaji Lumayan & Mohon Sekarang

Berminat untuk menjadi seorang guru? Anda boleh membuat permohonan sebagai Guru Ganti MySTEP melalui Sekolah Menengah Saint Augustine, Betong, Sarawak.

Dapatkan info yang lebih lengkap mengenai kadar upah Guru Ganti MySTEP, syarat kelayakan, fungsi bidang tugas dan cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.

Jadi, mohon segera sebelum permohonan ditutup pada 7 April 2021 nanti.

INFO RINGKAS JAWATAN GURU GANTI MYSTEP

  • Jawatan: Guru Ganti MySTEP
  • Agensi: Sekolah Menengah Saint Augustine, Betong, Sarawak.
  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional (Guru Ganti)
  • Tempoh Bertugas: Tertakluk kepada kekosongan guru sekolah

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

  • 7 April 2021 / Jam 12 tengah hari

KADAR UPAH GURU GANTI MYSTEP

Untuk makluman anda, kadar upah akan ditentukan melalui kelayakan akademik seperti berikut:

  • Ijazah: RM2,000
  • Diploma/STPM/STAM: RM1,800
  • SPM?SPMV: RM1,600
Nota: Kadar bayaran upah adalah untuk tempoh perkhidmatan sebulan termasuk sumbangan KWSP, SOCSO dan lain-lain yang berkenaan.

DESKRIPSI TUGAS GURU GANTI MYSTEP

Antara bidang tugas Guru Ganti MySTEP ialah:

  • Melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah seperti guru tetap.
  • Buku persediaan mengajar dan rekod-rekod pelajar perlu disediakan dan diselia seperti yang dilaksanakan oleh guru yang digantikan.
  • Terlibat dengan aktiviti Kokurikulum.
  • Serta lain-lain tugas dan aktiviti yang diarahkan oleh pihak sekolah.

SYARAT KELAYAKAN GURU GANTI MYSTEP

Semak syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat permohonan anda. Syaratnya ialah:

  • Wargangera Malaysia
  • Sihat tubuh badan
  • Berumur antara 18 hingga 30 tahun (Bukan siswazah) atau 18 hingga 35 tahun (Sizwazah).
  • Sekurang-kurangnya Kepujian dalam 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia di peringkat SPM.
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Pendidikan Islam: Kepujian dalam Pendidikan Islam (SPM)
  • Syarat tambahan bagi Guru Ganti Moral Dan Pendidikan Seni Visual: Kepujian dalam Pendidikan Moral dan Seni Visual (SPM).
Nota: Hanya calon yang layak sahaja akan dipanggil temuduga dari semasa ke semasa bagi tahun 2021.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN GURU GANTI MYSTEP

Untuk membuat permohonan, anda perlu:

DOKUMEN SOKONGAN

Jangan lupa sertakan bersama dokumen berikut untuk melengkapkan permohonan anda:

  • Sekeping gambar berukuran pasport
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan kelayakan akademik
Nota: Hantar semua dokumen ini dengan memuat naik pada pautan yang ada dalam borang permohonan online.

Permohonan Guru Ganti MySTEP, Gaji Lumayan & Mohon Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan yang berkaitan permohonan Guru Ganti MySTEP, sila hubungi Sekolah Menengah Saint Augustine di:

  • 083-472 122: Cik Noorredha bt Razali/Puan Siti Zainuriah bt Mohammad
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.