Siapa disini yang menggunakan MyKad untuk Touch n Go bagi tujuan bayar tol serta membayar parking kereta?
Pasti anda mempunyai satu masalah yang sama seperti yang lain iaitu tidak tahu cara untuk chek baki Touch n Go yang ada pada MyKad anda.
Sebenarnya anda boleh membuat semakan baki kredit Touch n Go dengan mudah melalui aplikasi Touch n Go eWallet sahaja.
CARA CHECK BAKI TOUCH n GO MYKAD
Untuk menyemak baki kredit Touch n Go anda hanya perlu lakukan langkah-langkah berikut:
- Download aplikasi Touch n Go eWallet
- Klik TNG CARD
- Seterusnya klik ADD A NEW CARD dan masukkan MFG NUMBER yang ada pada resit top up Touch n Go MyKad anda.
- Namakan kad Touch n Go yang sesuai dan tunggu kod pengesahan dihantar ke telefon anda.
- 3 kad Touch n Go boleh ditambahkan pada bahagian ini.
- Baki kredit Touch n Go akan dipaprkan.
- Selepas ini anda boleh membuat semakan baki Touch n Go pada bila-bila masa sahaja.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.