Selepas ini sila patuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP 2.0 kerana kadar denda akan dinaikkan sehingga RM10,000 sekiranya anda didapati bersalah ingkar arahan yang telah ditetapkan.
Sebelum ini mungkin kita semua tidak begitu mengendahkan arahan yang ditetapkan kerana kompaun atau kadar denda yang ditetapkan hanyalah RM1,000 dan boleh diminta kurangkan harganya.
Tetapi, kompaun RM10,000 yang ditetapkan terlalu tinggi dan sukar untuk dijelaskan sekiranya didapati melanggar arahan SOP PKP sepanjang tempoh ini.
TARIKH MULA KOMPAUN RM10,000
Isi Kandungan
Tarikh mula kompaun RM10,000 bermula:
- 11 Mac 2021
JUMLAH KOMPAUN
Jumlah kompaun pula adalah mengikut kategori seperti berikut:
- RM1,000 – RM10,000: Individu dan syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan.
- RM50,000: Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama.
KOMPAUN RM10,000 TELAH DIWARTAKAN
Pejabat Peguam Negara telah mewartakan perkara ini di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.
Berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa 11 Mac depan.
JENIS KESALAHAN
Jenis kesalahan yang akan dikenakan kompaun adalah:
- Tidak memakai pelitup muka
- Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal
- Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan
- Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran
- Aktiviti pusat hiburan
PEMASYURAN ORDINAN DARURAT
- Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
- Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.
- Kadar kompaun terbabit dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.
- Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
- Peranti pengesanan iaitu gelang tangan atau peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.