Nombor unik ID UPU wajib dibeli terlebih dahulu sebelum pelajar mengisi borang UPU 2018. Berikut dikongsikan langkah-langkah pembelian nombor tersebut di Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Pembelian boleh dibuat mulai 05 Februari hingga 09 April 2018. Jualan Nombor Unik ID ditutup sehari awal daripada tarikh tutup permohonan.
- Pembelian secara individu melalui kaunter BSN, Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet. Pembelian melalui kaedah Mesin Automated Teller Machine (ATM) dan Perbankan Internet memerlukan pemohon/ ibu bapa memiliki Akaun GIRO BSN.
- Bayaran pembelian No. Unik ID sebanyak RM15.60 sahaja.
- Salinan Kad Pengenalan/ MyKad pemohon perlu dikemukakan semasa pembelian.
- Pembelian Nombor Unik ID mestilah berdasarkan Nama dan Nombor Kad Pengenalan/ MyKad pemohon. BSN akan mengeluarkan salinan resit pembayaran bersama-sama dengan Nombor Unik ID.
PERINGATAN : Nombor PIN UPU anda adalah SULIT. Jangan dedahkan kepada orang lain walaupun kawan baik. Ini kerana jika disalah guna akan mendatangkan masalah di kemudian hari.
Untuk maklumat lanjut layari portal BSN.