SOP Majlis Akad Nikah & Kenduri Kahwin Sepanjang Tempoh PKPP & PKPB

Mengikut pengumuman oleh Menteri Kanan Keselamatan, negeri yang bertukar status daripada PKP kepada PKPB atau PKPP sudah boleh melaksanakan Majlis Akad Nikah dan Majlis Kenduri Kahwin dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Pastikan anda semua mengikut arahan yang telah ditetapkan agar majlis berjalan dengan lancar, tiada yang didenda dan tiada penularan Covid-19 lagi sepanjang tempoh pelaksanaan PKPB dan PKPP di negeri masing-masing.

Malahan, majlis-majis lain juga boleh diadakan sepanjang tempoh PKPB dan PKPP bermula 5 Mac 2021 hingga 18 Mac nanti.

SENARAI NEGERI PKPP & PKPB

Berikut adalah senarai negeri yang akan melaksanakan PKPB dan PKPP:

PKPP

  • Perlis
  • Melaka
  • Pahang
  • Terengganu
  • Sabah
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya
  • Wilayah Persekutuan Labuan

SOP Majlis Akad Nikah & Kenduri Kahwin Sepanjang Tempoh PKPP & PKPB

PKPB

  • Kedah
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Kelantan
  • Johor

SOP Majlis Akad Nikah & Kenduri Kahwin Sepanjang Tempoh PKPP & PKPB

MAJLIS YANG DIBENARKAN KETIKA PKPP & PKPB

Antara majlis yang dibenarkan ketika sepanjang tempoh pelaksanaan PKPP dan PKPB ialah:

  • Semua majlis rasmi/tidak rasmi (kerajaan/swasta)
  • Kenduri
  • majlis perkahwinan/pertunangan
  • Majlis aqiqah
  • Doa selamat
  • Tahlil
  • Sambutan ulang tahun
  • Sambutan hari kelahiran
  • Reunion
  • Retreat
  • Lain-lain majlis sosial

INFO RINGKAS SOP MAJLIS SEPANJANG TEMPOH PKPP & PKPB

Info ringkas SOP majlis sepanjang tempoh PKPP dan PKPB adalah seperti berikut:

  • PKPB: Had kehadiran adalah sebanyak 50% mengikut keluasan premis
  • PKPP: Kehadiran adalah mengikut keluasan premis

SOP Majlis Akad Nikah & Kenduri Kahwin Sepanjang Tempoh PKPP & PKPB

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut dan SOP yang lebih tepat, sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.