Pelajar yang ingin membuat permohonan ke IPT bagi sesi akademik 2021/2022, tidak perlu lagi membuat bayaran proses UPUOnline/UNIK ID kerana bayarannya ditanggung oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Anda tidak perlu membuat permohonan UPUOnline yang perlu dibeli di Bank Simpanan Nasional seperti sebelum ini untuk masuk menyambung pengajian di IPTA dan ILKA.
Rujuk: Cara Permohonan UPUOnline Sesi 2021 / 2022 Langkah Demi Langkah
Jadi, permohonan bagi kemasukan ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) untuk Sesi Akademik 2021/2022 boleh dibuat terus secara online.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN KEMASUKAN KE IPTA & ILKA
Isi Kandungan
Pelajar yang ingin membuat permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA hanya perlu membuat permohonan di:
- Klik DAFTAR BARU
- Isikan maklumat dan klik DAFTAR.
- Seterusnya LOG MASUK semula.
- Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN dan KATA LALUAN dan LOG MASUK.
- Pilih kategori pemohon sama ada SPM atau STPM.
- Buat semakan permohonan dan semakan kelayakan.
- Isikan maklumat yang diperlukan.
- Klik SAYA SETUJU untuk menghantar permohonan anda.
- Klik butang CETAK SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR untuk mencetak slip.
- Pemohon juga boleh muat turun slip dan menyipan di dalam disk dengan menekan butang MUAT TURUN SLIP PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR.
TEMPOH PERMOHONAN MENGIKUT KATEGORI PEMOHON & PROGRAM PENGAJIAN
Berikut adalah tempoh permohonan mengikut kategori pemohonan dan program pengajian:
KENYATAAN MEDIA
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi Kementerian Pengajian Tinggi di:
- Kementerian Pengajian Tinggi
No. 2, Menara 2,
Jalan P5/6, Presint 5,
62200 Putrajaya, Malaysia. - Nombor Telefon: 03-8000 8000
- http://www.mohe.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.