HomeKerjayaJawatan Kosong Personel MySTEP di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Semak Syarat...

Jawatan Kosong Personel MySTEP di Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia. Semak Syarat Kelayakan & Cara Mohon Disini

Published on

spot_img

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia mempelawa warganegara Malaysia untuk memohon jawatan Personel MySTEP yang telah dibuka permohonannya.

Anda boleh membuat permohonan secara online dan dapatkan cara membuat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Baca juga: 1,000 Jawatan Kosong Pembanci Personel My STEP Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Mohon Segera

TARIKH TUTUP PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP KKMM

Tarikh tutup permohonan jawatan Personel MySTEP di Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia adalah pada:

  • 19 Mac 2021

JAWATAN YANG DIBUKA UNTUK PERMOHONAN

Antara jawatan yang dibuka untuk permohonan ialah:

  • Pereka
  • Penolong Pegawai Media Sosial dan Kandungan Kreatif
  • Jurufotografi

SYARAT KELAYAKAN MENGIKUT JAWATAN

Berikut adalah syarat kelayakan mengikut jawatan yang ditawarkan:

PEREKA

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 40 tahun
  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Art and Design/ multimedia/ media kreatif atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS

  • Berkemahiran menggunakan perisian Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Premiere atau yang berkaitan dengan penghasilan rekaan grafik, animasi grafik dan grafik video serta penghasilan slaid untuk pembentangan seperti PowerPoint Advanced, Issuu, Visme atau Prezi.
  • Berkemahiran dalam penyediaan infografik, videografik dan rekaan visual secara harian dan mingguan bagi tujuan muat naik di akaun rasmi media sosial, laman web, bahan-bahan pameran dan penerbitan.
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.

TEMPOH KONTRAK

  • April hingga Disember 2021

KADAR GAJI

  • RM2,000

PENOLONG PEGAWAI MEDIA SOSIAL & KANDUNGAN KREATIF

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 40 tahun
  • Mempunyai diploma atau kelulusan yang setarat dengannya dalam bidang
    perhubungan awam atau bidang-bidang berkaitan.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS

  • Mahir dalam mengendalikan media sosial (Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, TikTok, Clubhouse, LinkedIn dan lain-lain) seperti cross-posting, Facebook Live, virality dan juga real time postings bagi liputan program/aktiviti.
  • Berkemahiran menulis/copywriting dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dengan baik.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan kandungan kreatif (creative content) dan penulisan berbentuk promosi, penjelasan/penerangan serta laporan bagi pengisian akaun rasmi media sosial dan kandungan laman web Kementerian.
  • Bertanggungjawab melaksana pemantauan trend, persepsi dan reaksi terhadap program, dasar dan isu semasa berkaitan Kementerian atau pemegang taruh melalui media sosial.
  • Komited, kreatif, boleh bekerja lebih masa dan pada hujung minggu jika diperlukan berdasarkan tugasan serta boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum.
  • Berkebolehan menulis dan bertutur dengan baik dalam Bahasa
    Malaysia dan Bahasa Inggeris.

TEMPOH KONTRAK

  • April hingga Disember 2021

KADAR GAJI

  • RM1,800

JURUFOTOGRAFI

SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 hingga 40 tahun
  • Diploma dalam bidang fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

KEMAHIRAN DIPERLUKAN & RINGKASAN BIDANG TUGAS

  • Berkemahiran menggunakan peralatan kamera dan video.
  • Berkemahiran menggunakan Adobe Premier, After Effect, Photoshop, Final Cut Pro dan perisian-perisian berkaitan.
  • Berkemahiran dalam penyuntingan video dan penghasilan grafik video.
  • Bertanggungjawab membuat liputan foto, merekod dan menyelaras galeri foto (arkib) bagi semua program rasmi Kementerian, melaksanakan proses editing dan lain-lain yang berkaitan.
  • Komited, kreatif, boleh bekerja dengan bimbingan yang minimum serta bekerja lebih masa/hujung minggu berdasarkan tugasan.

TEMPOH KONTRAK

  • April hingga Disember 2021

KADAR GAJI

  • RM1,800

CARA MEMBUAT PERMOHONAN PERSONEL MYSTEP KKMM

Untuk membuat permohonan, anda perlu menghantar emel ke:

DOKUMEN DIPERLUKAN

Dokumen yang diperlukan untuk dihantar bersama permohonan anda adalah:

  • Resume yang lengkap gambar ukuran pasport terkini
  • Sijil akademik SPM/Diploma/Ijazah yang relevan
  • Lain-lain sijil yang relevan
Nota: Hantar sebelum atau pada 19 Mac 2021 pada pukul 1 tengah hari.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.

MANFAAT YANG DIPEROLEHI

Sekiranya anda layak, anda akan menerima beberapa manfaat seperti berikut:

  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO

MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini

UPDATE TERKINI MYSTEP

Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:

Latest articles

Permohonan Pembantu Pustakawan Gred S1 SPA : Syarat, Gaji, Tugas & Cara Mohon Lengkap

Panduan ini disusun khas untuk membantu anda faham syarat sebenar, tugas kerja, prospek kerjaya dan langkah mohon melalui SPA9 dengan lebih jelas dan teratur.

Permohonan Tajaan Pendidikan YTP MARA Kini Di Buka, Ini Syarat Apply

YTP MARA 2026 ialah tajaan pendidikan untuk lepasan SPM 2025 Bumiputera cemerlang. Permohonan dibuka dari 31 Mac 2026 hingga 13 April 2026. Secara umum, laluan dalam negara sekitar 7A, manakala laluan luar negara sekitar 8A, tertakluk kepada syarat program.

Apa Itu Resume Mesra ATS: Panduan Lulus Sistem Tapisan Automatik Majikan Sepanjang Tahun

Resume ATS 2026: Cara Buat Resume Mesra ATS, Contoh Resume Lulus ATS & Strategi Lepasi Saringan

Permohonan Hadiah Pengajian IPT RM1,000 Untuk Anak Selangor Kini Dibuka (HPIPT 2026)

HPIPT bantuan berbentuk one-off sebanyak RM1,000. Sangat berguna untuk menampung kos awal melanjutkan pelajaran ke Universiti. Ini cara mohon

More like this

Permohonan Pembantu Pustakawan Gred S1 SPA : Syarat, Gaji, Tugas & Cara Mohon Lengkap

Panduan ini disusun khas untuk membantu anda faham syarat sebenar, tugas kerja, prospek kerjaya dan langkah mohon melalui SPA9 dengan lebih jelas dan teratur.

Permohonan Tajaan Pendidikan YTP MARA Kini Di Buka, Ini Syarat Apply

YTP MARA 2026 ialah tajaan pendidikan untuk lepasan SPM 2025 Bumiputera cemerlang. Permohonan dibuka dari 31 Mac 2026 hingga 13 April 2026. Secara umum, laluan dalam negara sekitar 7A, manakala laluan luar negara sekitar 8A, tertakluk kepada syarat program.

Apa Itu Resume Mesra ATS: Panduan Lulus Sistem Tapisan Automatik Majikan Sepanjang Tahun

Resume ATS 2026: Cara Buat Resume Mesra ATS, Contoh Resume Lulus ATS & Strategi Lepasi Saringan