Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini telah pun memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi mereka, dan mula menawarkan aplikasi Semakan BR1M kepada semua pengguna peranti Android dan juga iPhone.
Melalui aplikasi ini, pengguna boleh menyemak semakan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) menggunakannya, termasuk untuk menyemak status penghantaran borang, semakan status permohonan, mengetahui status rayuan, dan turut menyemak sama ada bayaran telah masuk atau sebaliknya.
Applikasi Semakan BR1M
Isi Kandungan
Muat-Turun Semakan BR1M untuk Android
Muat-Turun Semakan BR1M untuk iPhone
Dianggarkan seramai 500,000 telah menggunakan applikasi ini.
Namun bagi anda yang merasakan tidak berbaloi memandangkan semakan BR1M boleh dibuat secara online, anda boleh terus ke portal rasmi eBR1M untuk check status permohonan BR1M 2018.
LHDN berharap aplikasi ini akan memudahkan lagi urusan para pemohon berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka ke pusat khidmat pelanggan atau menghubungi talian BR1M.
Tentang Bantuan Rakyat 1Malaysia
BR1M adalah salah satu produk bantuan rakyat melalui gagasan 1Malaysia yang mula diperkenalkan pada tahun 2012.
Selain BR1M terdapat banyak lagi produk yang diperkenalkan melalui gagasan ini, antaranya:
- Amanah Saham 1Malaysia (AS1M)
- eKasih
- Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M)
- Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M)
- Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M)
- Klinik 1Malaysia
- Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
- Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)
- Skim Latihan 1Malaysia (SL1M)
Untuk maklumat lanjut tentang BR1M, termasuk jadual pembayaran anda boleh baca di sini.