Boleh Rentas Negeri Jika Penuhi 6 Syarat KKM. Ini Syaratnya

Setahun negara kita dilanda Covid-19 dan pastinya ramai antara kita rindu untuk melancong dan pulang ke kampung masing-masing tanpa sebarang halangan.

Namun buat masa ini, hanya pergerakan rentas daerah sahaja yang dibenarkan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain daripada itu, untuk menyempurnakan vaksinasi mengikut peringkat dan mengikut tarikh yang ditetapkan, anda semua digalakkan untuk mendaftarkan ibu bapa atau tanggungan anda hanya melalui aplikasi MySejahtera seperti yang telah dinyataan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin.

6 SYARAT RENTAS NEGERI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Antara 6 syarat rentas negeri yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ialah:

  • Situasi kes harian termasuk kes yang sudah sembuh dan dibenarkan pulang.
  • Trend dan kadar kebolehjangkitan.
  • Situasi semasa iaitu kadar kematian dan jumlah kes kematian.
  • Keupayaan katil dan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
  • Situasi semasa petugas kesihatan yang dijangkiti.
  • Ujian saringan yang dijalankan di lapangan, saringan penyakit seperti influenza (ILI), jangkitan pernafasan akut teruk (SARI) dan persampelan prapembedahan serta kemasukan ke wad.

6 faktor ini adalah menjadi indikator KKM dan secara ringkas penilaian adalah dengan melihat situasi jangkitan semasa dan kebarangkalian penularan jangkitan menjadi lebih teruk atau sebaliknya.

PENILAIAN DARI SEMASA KE SEMASA

Untuk pengetahuan anda juga, KKM mengkaji semua data dan fakta sebelum menasihat atau mencadangkan kepada Jawatankuasa Teknikal untuk diputuskan kepada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara.

Penilaian risiko juga dibuat dari semasa ke semasa dan bergantung pada situasi dan trend penurunan kes baharu.

Anda semua boleh merasai kemeriahan pulang ke kampung sempena hari raya Aidilfitri kali ini sekiranya kita semua bekerjasama mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

CARA PENDAFTARAN IBU BAPA & TANGGUNGAN MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA

Langkah-langkah membuat pendaftaran ibu bapa dan tanggungan untuk menerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera adalah seperti berikut:

  • Kemaskini aplikasi MySejahtera anda terlebih dahulu.
  • Buka MySejahtera dan tutup bahagian check in.
  • Klik pada bahagian VACCINATION dan klik ADD VACCINATION DEPENDENT.

Ini Caranya Daftarkan Ibu Bapa Untuk Vaksin Melalui Apliksi MySejahtera

Langkah pendaftaran dengan lebih lengkap, sila rujuk:

2 PROSES VAKSINASI COVID-19

Terdapat 2 proses vaksinasi Covid-19 iaitu:

MELALUI APLIKASI MYSEJAHTERA & LAMAN SESAWANG KHAS

5 Kaedah Pendaftaran Vaksininasi Covid-19 Guna MySejahtera

SECARA MANUAL

5 Kaedah Pendaftaran Vaksininasi Covid-19 Guna MySejahtera

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.