Adakah Permohonan Bantuan BPN Hasil Mengikut Tarikh Lahir atau Tahun Lahir?

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) Untuk Semua Golongan

Permohonan bagi BPN yang telah dibuka sejak 1 April 2020 yang lalu dibuka untuk semua golongan mengikut syarat yang telah ditetapkan.

Baca: Mohon Daftar BPN Hasil

Bantuan ini mensasarkan golongan B40 dan M40 serta golongan bujang yang layak untuk menerima bantuan.

Apa kata kita semak semula syarat kelayakan dan kita fokuskan pada syarat untuk golongan bujang memohon Bantuan Prihatin Nasional (BPN).

Syarat Kelayakan Permohonan Bagi Golongan Bujang

Syarat bagi golongan bujang juga terbahagi kepada dua (2) iaitu :

Bujang B40

  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Gaji RM2000 ke bawah.
  • Jumlah bantuan sebanyak RM800.
  • Bayaran RM500 pada April 2020.
  • Bayaran RM300 pada Mei 2020.

Bujang M40

  • Berumur 21 tahun ke atas.
  • Gaji RM2001 hingga RM4000.
  • Jumlah bantuan sebanyak RM500.
  • Bayaran RM250 pada April 2020.
  • Bayaran RM250 pada Mei 2020.

malaysia1

Permohonan Ikut Tarikh Lahir Atau Ikut Tahun?

Ada yang tertanya-tanya adakah layak untuk memohon dan menerima bantuan ini kerana pada bulan Oktober baru cukup umur 21 tahun.

Mari kita lihat situasi anak Linggam, Sally, Chew dan Kak Wang yang berkawan dengan cucu Makcik Kiah ini.

sitimgccJadi, dalam situasi ini bagi pemohon yang dilahirkan pada tahun 1999 layak untuk memohon dan menerima bantuan kerana umur dikira mengikut tahun anda dilahirkan.

Rujukan

Anda juga boleh rujuk panduan soalan lazim yang dikeluarkan oleh pihak LHDNM dan telah dikemaskini pada 2 April 2020 untuk mendapatkan jawapan lebih lanjut.

rujuk1

rujuk2

rujuk3

rujuk4

rujuk5

rujuk6

Persoalan Dan Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mengemukakan sebarang soalan dan ingin mengetahui maklumat seterusnya, anda boleh ke :

Sumber :

  • MYGCC
  • LHDNM
You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.