Boss Tumbuk Pekerja
Isi Kandungan
Terima padah akibat kedegilan sendiri. Inilah yang terjadi kepada seorang pekerja di Jepun apabila beliau degil ingin bekerja walaupun diarahkan majikan untuk berada dirumah akibat penularan COVID-19.
Ya, di Jepun ada pekerja yang degil ingin bekerja walau diminta majikan untuk duduk di rumah.
Akibat kedegilannya datang bekerja, akhirnya beliau telah di tumbuk oleh majikannya.
Arahan stay at home ini adalah berikutan daripada perintah darurat yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe yang mana ianya melibatkan bandar seperti Tokyo, wilayah Kanagawa, Chiba, Saitama, Osaka, Hyogo, dan Fukuoka.
Ingkar Arahan
Walau bagaimanapun, pekerja tersebut yang berusia 20 tahun telah mengingkari arahan yang diberikan oleh majikannya untuk tinggal dirumah dan tidak perlu datang ke tempat kerja.
Setelah didapati pekerja tersebut datang ke tempat kerja, majikannya terus menumbuknya akibat marah dengan kedegilan pekerjanya.
Pekerja tersebut telah ditumbuk dibahagian muka dan kepala oleh majikannya yang berumur 46 tahun. Majikan tersebut telah mengeluarkan arahan supaya semua pekerja kekal tinggal dirumah sebagai salah satu usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini.
Pekerja tersebut sanggup pergi ke Sendai iaitu tempat kerjanya, sebuah syarikat pembinaan di Miyagi Prefecture untuk bekerja seperti biasa.
Masalah Disiplin
Telah diketahui oleh majikan dan semua pekerja di syarikat berkenaan bahawa pekerja tersebut sememangnya mempunyai masalah disiplin ditempat kerja dan didapati selalu ingkar arahan yang dikeluarkan oleh syarikat.
Walaubagaimanapun bagi kes ini, pihak polis menganggap kejadian tersebut adalah salah disisi undang-undang dan majikan tersebut diambil tindakan undang-undang atas kesalahan menumbuk pekerja tersebut.
Sumber : soranews24.com
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.