Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Cara Aktifkan Semula myASNB Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

3,968

Tahukah anda bahawa akaun ASB anda yang tidak aktif, boleh diaktifkan semula secara online sahaja? Ya, betul. Anda boleh aktifkan semula akaun ASB anda secara online sahaja dan tidak perlu lagi ke kaunter untuk aktifkan akaun ASB anda.

Mengapa hal ini terjadi? Akaun myASNB anda mugkin tidak aktif kerana anda tidak membukanya dalam tempoh yang terlalu lama. Jadi, secara automatiknya akaun ASB anda akan dinyahaktifkan untuk sementara.

Baca juga: Cara Kemaskini Nombor Telefon Urusan ASB Menggunakan Kiosk

Dapatkan cara untuk aktifkan semula akaun ASB anda secara online seperti yang dikongsikan disini.

CARA AKTIFKAN AKAUN ASB SECARA ONLINE

Untuk aktifkan akaun ASB secara online, anda perlu emelkan dokumen sokongan seperti berikut:

  • Gambar swafoto bersama MyKad
  • Gambar atau salinan MyKad
  • Salah satu dokumen sokongan:
    a.Lesen memandu bergambar*
    b.Pasport*
    c.Penyata bank persendirian
    d.Bil utiliti elektrik
    e.Air telefon dan sebagainya

Nota: Dokumen belum tamat tempoh

Cara Aktifkan Semula myASNB Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

Emelkan semua dokumen pengesahan diri anda ke: [email protected]

Cara Aktifkan Semula myASNB Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

Nota:

  • Pastikan semua maklumat jelas, benar dan sahih.
  • Format dokumen JPG/PNG/GIF/PDF sahaja.
  • Permohonan bagi pihak ketiga tidak dibenarkan.

Baca juga: Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

CARA MEMBUAT PENGELUARAN ASB BILA-BILA MASA SECARA ONLINE

Berikut adalah 7 langkah mudah untuk anda membuat pendaftaran dan pengeluaran ASB secara online.

1. Login/log masuk ke akaun myASNB
2. Klik portfolio. Kemudian klik transaksi pada unit amanah dikehendaki dan pilih jualan balik.
3. Pastikan maklumat bank anda betul. Klik seterusnya.
4. Baca, tanda kotak pengisytiharan dan klik seterusnya.
5. Masukkan amaun, tanda kotak pengisytiharan dan klik seterusnya.
6. Semak butiran bank anda. Klik teruskan.
7. Klik permintaan tac dan isi. Klik seterusnya

Untuk dapatkan langkah pengeluaran wang ASB secara online, sila dapatkan di:

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai cara mengaktifkan semula akaun ASB secara online, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...