Bolehkah mohon pengeluaran wang RM10,000 i-Sinar KWSP secara online? Ya, pastinya anda boleh membuat permohonan i-Sinar KWSP secara online kerana pihak KWSP telah meminta para pencarumnya untuk mengemaskini nombor telefon yang aktif agar memudahkan proses permohonan pengeluaran wang RM10,000 i-Sinar KWSP.
Ini adalah kerana nombor TAC akan dihantar ke nombor telefon tersebut. Jadi, sila kemaskini nombor telefon anda dengan segera melalui i-Akaun KWSP yang telah anda daftar sebelum ini.
Seperti yang sedia maklum, tarikh untuk permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 adalah pada:
- 21 Disember 2020
Manakala tarikh untuk kredit wang i-Sinar KWSP adalah pada:
- Pertengahan Januari 2021
Jumlah pengeluaran maksimum i-Sinar KWSP Akaun 1 yang dibenarkan ialah sebanyak:
- RM10,000
KONSEP PENTING PENGELUARAN i-SINAR KWSP SECARA ONLINE
Isi Kandungan
Konsep pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP adalah seperti berikut:
- Pengeluaran duit EPF bukan secara one-off sebanyak RM10,000.
- Tunjukkan bukti pendapatan terjejas untuk layak mohon i-Sinar.
- Mengemaskini i-Akaun KWSP bagi memudahkan proses permohonan i-SINAR.
- Permohonan i-Sinar digalakkan dilakukan secara atas talian.
- Jika ahli mempunyai baki akaun 1 KWSP yang kurang daripada RM10,000,anda juga layak.
- Ahli yang telah lama tidak mencarum juga layak.
Anda boleh membuat permohonan pengeluaran RM10,000 i-Sinar KWSP melalui kaedah seperti yang dikongsikan ini.
Bagi yang belum membuat pendaftaran i-Akaun, rujuk grafik berikut:
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN i-SINAR MELALUI PORTAL i-SINAR KWSP
Anda juga boleh membuat permohonan pengeluaran iSinar melalui portal khas yang dibangunkan untuk kemudahan ahli membuat pengeluaran secara online dan caranya ialah:
- Klik ke : iSinar KWSP
- Isikan nombor MyKad/MyPR dan Nombor Telefon Bimbit
- Tekan TERUSKAN
- Isikan NOMBOR OTP yang diterima melalui SMS dan SAHKAN OTP / Jawab SOALAN KESELAMATAN untuk pengesahan
- Tetapkan AMAUN PILIHAN
- Tetapkan BAYARAN BULAN PERTAMA dan tekan TERUSKAN
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMOHON yang WAJIB diisi.
- Lengkapkan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tekan TERUSKAN
- Semak MAKLUMAT PEMOHON dan MAKLUMAT PEMBAYARAN dan tandakan ‘tick’ sebelum HANTAR
- Permohonan anda diterima dan akan diproses.
NOTA:
- Tiada dokumen sokongan diperlukan (Kategori 1)
- Kelulusan secara automatik berdasarkan data dalam KWSP
- Ahli hanya perlu memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my
- Pembayaran untuk ahli yang layak akan bermula dari pertengahan Januari 2021
CARA PEMBAYARAN i-SINAR
Cara pembayaran i-Sinar kepada pemohon yang berjaya adalah:
- Bagi kategori 1, pembayaran pertama i-Sinar akan dibuat bermula pertengahan Januari 2021.
- Bagi kategori 2, status permohonan akan dimaklumkan kepada ahli dalam masa dua hingga tiga minggu selepas permohonan dibuat. Pembayaran akan dilaksanakan sebelum akhir bulan berikutnya, selepas kelulusan diberi.
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan anda.
- Pembayaran akan dilakukan melalui kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik anda.
Antara syarat terbaru pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1 sebanyak RM10,000 ialah:
- Ahli yang terjejas pendapatan tidak kira hilang pekerjaan atau terkurang pendapatan.
- Ahli semua sektor yang terjejas teruk juga layak membuat permohonan pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1.
- Terbuka kepada ahli yang mencarum secara aktif atau tidak.
INFO LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.