Dah 5 tahun bekerja dalam sektor awam atau kerja dengan kerajaan tapi masih lagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Adakah kerana gaji terlalu kecil atau tidak tahu cara yang betul untuk membeli rumah mampu milik yang disediakan oleh pihak Kerajaan?
Sebenarnya terdapat banyak cara untuk penjawat awam memiliki kediaman sendiri tanpa mengira jumlah gaji. Antaranya ialah melalui Skim Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
PPAM telah diperkenalkan oleh Kerajaan pada tahun 2013 dan ia menyediakan rumah mampu milik kepada penjawat awam dan difokuskan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.
Malah Skim PPAM ini memberikan peluang kepada kakitangan kerajaan yang berpendapatan rendah serta sederhana untuk membeli rumah yang tidak melebihi RM300,000 seunit.
TUJUAN SKIM PPAM
Isi Kandungan
Tujuan utama Kerajaan memperkenalkan Skim PPAM untuk membantu penjawat awam khususnya golongan muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran.
Malah ia menekankan kepada keselesaan dari aspek berikut :
- Saiz rumah
- Rekabentuk
- Kualiti
- Lokasi
- Harga rumah yang bersesuaian
CARA PERMOHONAN SKIM PPAM
Untuk membuat permohonan Skim PPAM, apa yang perlu anda lakukan ialah :
1 PENDAFTARAN
Daftar akaun anda di pauatan https://www.ppam.gov.my dan anda akan mendapat notifikasi kata laluan melalui emel anda.
2 PELANCARAN
Anda juga boleh melihat pelancaran projek-projek terbaru PPAM dan pilih lokasi yang anda mahukan.
3 PERMOHONAN
Log masuk melalui pautan https://apps.ppam.gov.my untuk membuat permohonan.
4 PILIHAN PROJEK
Pilih jenis unit yang ada bagi satu-satu projek pilihan anda. Juga semak kelayakan pinjaman dengan LPPSA / bank komersil terlebih dahulu sebelum memilih jenis rumah yang anda mahukan.
5 PENGUNDIAN
Cawangan PPAM akan membuat pengundian mengikut kaedah yang sedia digunakan.
6 PENAWARAN
Pemohon yang berjaya akan dimaklumkan melalui emel dan paparan di dalam website PPAM.
7 PERJANJIAN JUAL BELI
Anda dikehendaki meniliti kandungan perjanjian jual & beli rumah (SPA) sebelum menandatangani SPA tersebut.
8 PEMBIAYAAN
Anda dikehendaki menguruskan permohonan pembiayaan menggunakan pinjaman Kerajaan (LPPSA / lain-lain) atau bank komersil dan perlu mendapatkan kelulusan pinjaman dalam tempoh 2 bulan selepas Perjanjian Jual Beli.
9 PENYERAHAN KUNCI
Sebaik sahaja projek mendapat Sijil Perakuan Siap & Pematuhan CCC, kunci dan hartanah anda akan diserahkan secara rasmi sekaligus menjadikan anda pemilik kediaman PPAM.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Pemohon lengkapkan borang profil dan permohonan dan muat naik dokumen berikut bersama permohonan anda :
- Salinan kad pengenalan
- Salinan kad pengenalan pasangan (sekiranya berkaitan)
- Salinan slip gaji terkini
- Salinan kad pesara ( bagi pesara dan permohonan anak pesara)
- Salinan surat beranak (bagi permohonan anak pesara)
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM
Semua kakitangan awam berikut layak membuat permohonan Skim PPAM :
- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Pihak Berkuasa Negeri / Tempatan
- Badan Berkanun Persekutuan
- Badan Berkanun Negeri
SYARAT UMUM KELAYAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM
Antara syarat umum kelayakan permohonan Skim PPAM ini ialah :
- Warganegara Malaysia
- Penjawat awam
- Penjawat awam yang berpencen dan kontrak
- Boleh memohon lebih dari satu projek
- Moratorium selama 10 tahun
SEMAKAN PERMOHONAN SKIM PPAM
Anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut :
- Masukkan nombor kad pengenalan anda, masukkan kata laluan dan klik SEMAK STATUS.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Untuk info selanjutnya mengenai Skim PPAM sila hubungi di saluran berikut :
Telefon : 03-8000 8000
Faks : 03-8891 5588
Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.