Hari ini, Perdana Menteri telah membuat sidang media pengumuman Pakej Bantuan Khas 2021 berikutan pengisytiharan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh buah negeri, PKP Bersyarat di lima negeri lain, dan PKP Pemulihan selebihnya.
Berikutan dengan perkara ini, kabinet Malaysia cuba melaksanakan semua program dan inisiatif yang telah dibentangkan ketika Belanjawan 2021 dengan beberapa penambahbaikan untuk dimanfaatkan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Jadi, Perdana Menteri telah melaksanakan pakej bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia, atau secara ringkasnya, PERMAI yang bernilai sebanyak 15 bilion ringgit.
PAKEJ BANTUAN KHAS 2021
Isi Kandungan
Pakej bantuan PERMAI merupakan satu program sedia ada yang ditambah baik dan juga mempercepatkan pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. Sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI yang berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu:
- Pertama: Memerangi Wabak COVID-19
- Kedua: Memelihara Kebajikan Rakyat
- Ketiga: Menyokong Kelangsungan Perniagaan
Memerangi Wabak COVID-19
- Melaksanakan Program Vaksinasi COVID-19
- Mengukuhkan Sistem Kesihatan Negara
- Meningkatkan Kerjasama dengan Hospital Swasta
- Memperkukuh Saringan Kesihatan Pekerja
Memelihara Kebajikan Rakyat
Menyokong Kelangsungan Perniagaan
SUMBER: MKN MALAYSIA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.