Cara Membuat Permohonan Bantuan Insentif One-Off Kepada Pemandu Pelancong Negeri Johor. Semak Syarat Kelayakan Disini
Pastinya para pemandu pelancong di Negeri Johor menarik nafas lega kerana bakal diberikan Bantuan Insentif One-Off yang akan disalurkan oleh Tourism Johor.
Sekurang-kurangnya bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu pelancong yang kehilangan mata pencarian akibat pandemik Covid-19.
Dapatkan syarat kelayakan permohonan Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor seterusnya membuat permohonan dengan segera.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF PEMANDU PELANCONG NEGERI JOHOR
Isi Kandungan
Tarikh tutup untuk permohonan Bantuan Insentif One-Off pemandu pelancong negeri Johor adalah pada:
- 31 Mei 2021
SYARAT PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF PEMANDU PELANCONG NEGERI JOHOR
Syarat permohonan Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor adalah seperti berikut:
AGENSI PELANCONG
- Berdaftar sebagai syarikat agensi pelancongan dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Negeri Johor (MOTAC) Negeri Johor. Serta kemukakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
a) Salinan Lesen Pengendalian Pelancongan dan Agensi Pengembaraan yang sah dari Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
b) Salinan Akaun bank yang sah yang memaparkan nama bank dan nombor akaun dengan jelas
c) Pemohon mestilah syarikat tempatan yang berada di Negeri Johor
d) Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke Negeri Johor sahaja
e) Pemohon WAJIB menyertakan pakej pelancongan Johor yang sedia ada serta statistik jualan pakej pelancongan tahun 2017-2020
Nota:
- Permohonan yang TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.
- Kepada Pemohon yang telah membuat Permohonan Insentif Agensi Pelancongan pada fasa 1 TIDAK DIBENARKAN membuat permohonan.
PEMANDU PELANCONG
- Berdaftar sebagai Pemandu Pelancong dengan MOTAC Negeri Johor sebelum 30 April 2020.
- Permohonan yang dihantar mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana berikut:
a) Salinan Kad Pengenalan
b) Salinan Lesen Pemandu Pelancong
c) Salinan akaun bank yang sah dan milik pemohon
d) Jumlah bilangan tugasan sepanjang tahun 2019 dan 2020 - Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
- Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
- Pemohon WAJIB menghadiri kursus pengukuhan bagi pemandu pelancong yang akan dimaklumkan kelak.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Permohonan adalah secara online dan dapatkan borang permohonan di pautan berikut:
Langkah-langkah permohonan adalah seperti berikut:
- Klik pautan yang telah disediakan.
- Masukkan maklumat anda seperti yang diperlukan.
- Muat naik dokumen yang berkaitan dengan permohonan.
- Akhir sekali hantar borang permohonan anda.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Bantuan Insentif One-Off kepada pemandu pelancong negeri Johor sila dapatkan di Tourism Johor di:
- 07-223 4935
- 07-224 9960
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.