Lapor Premis Langgar SOP Melalui MySejahtera. Klik Salah Satu Isu & Buat Laporan Anda

Walaupun terdapat kelonggaran SOP yang membolehkan orang ramai untuk “dine-in” di restoren, namun orang ramai masih lagi berhati-hati dengan penularan wabak Covid-19.

Pelanggan masih lagi risau dengan penularan wabak Covid-19 walaupun SOP dilonggarkan dan berharap premis perniagaan sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara.

Bagaimana pula dengan premis yang melanggar SOP? Adakah orang awam boleh membuat laporan kepada pihak berwajib dan bagaimanakah caranya?

FUNGSI ADUAN DI MYSEJAHTERA

Untuk pengetahuan anda semua, fungsi baharu yang ada pada aplikasi MySejahtera adalah untuk:

  • Membolehkan pengguna mengajukan aduan mereka kepada pihak berwajib dalam beberapa langkah mudah.

CARA MEMBUAT ADUAN DI MYSEJAHTERA

Sekiranya anda mendapati pihak premis telah melanggari SOP yang ditetapkan dan ingin membuat laporan, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan ini:

  • Klik butang ADUAN
  • Seterusnya anda akan dibawa ke bahagian seterusnya untuk membuat aduan.
  • Anda akan lihat soalan berikut “Apakah yang anda ingin laporkan hari ini?”
  • Terdapat 4 pilihan laporan yang boleh anda adukan seperti:a) Tidak mematuhi SOP. Tidak memakai pelitup muka atau penjarakan sosial
    b) Tidak mematuhi SOP. Tiada pengambilan suhu badan atau rekod pelawat
    c) Tidak mematuhi peraturan kuarantin
    d) Isu-isu lain

Lapor Premis Langgar SOP Melalui MySejahtera. Klik Salah Satu Isu & Buat Laporan Anda

  • Tanda lokasi tempat pelanggaran SOP berlaku.
  • Setelah siap, anda akan menerima nombor rujukan laporan anda.

Pilih salah satu dan buat laporan anda.

BUKTI PELANGGARAN SOP

Anda diingatkan untuk menyertakan bukti-bukti pelanggaran SOP yang dilakukan oleh pemilik premis dengan menyertakan bersama bukti seperti:

  • Foto pelanggaran SOP

Pastikan foto yang dimuat naik jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan.Lapor Premis Langgar SOP Melalui MySejahtera. Klik Salah Satu Isu & Buat Laporan Anda

Untuk lebih jelas,anda boleh dapatkan video berikut untuk membuat aduan anda.

Baca juga: Terlupa Kata Laluan MySejahtera, Ini Cara Setkan Semula Password Anda

Apa jua laporan yang anda ingin lakukan, pastikan ianya adalah benar-benar melanggari SOP dan tidak menganiayai pemilik premis.

Gunakan segala kemudahan dengan betul dan bersesuaian pada ketika dan masanya.

SUMBER

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.