Permohonan Lesen Penjaja Sementara Bazar Ramadan Tahun 2021. Semak Syarat Permohonan Disini
Bulan ramadan merupakan bulan yang dinanti-nanti oleh orang ramai termasuk mereka yang ingin menjana pendapatan melalui perniagaan.
Bagi mereka yang tinggal di daerah Skudai boleh membuat permohonan lesen penjaja sementara Bazar Ramadan bagi tahun 2021 bermula 14 Mac ini.
Semak syarat permohonan, dokumen yang diperlukan dan cara membuat permohonan melalui perkongsian ini.
Baca juga: Cara Daftar Dana Didik Johor 2021. RM100 Setiap Bayi Yang Lahir Di Johor
TARIKH MOHON LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021
Isi Kandungan
Anda boleh mula membuat permohonan bermula:
- 14 Mac 2021 hingga 16 Mac 2021
- 9.00 pagi hingga 4.30 petang
- Bertempat di Dewan Serbaguna Skudai, MBIP
SYARAT PERMOHONAN LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021
Kelayakan untuk pemohon membuat permohonan adalah seperti berikut:
- Pemohon dan pembantu mestilah warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan
- Beragama Islam
- Memohon satu petak dan satu lokasi sahaja
- Hadir sendiri ketika membuat permohonan
- Jualan yang dibenarkan hanya makanan dan minuman sahaja
DOKUMEN SOKONGAN
Dokumen yang diperlukan untuk permohonan lesen penjaja sementara bazar ramadan 2021 ialah:
- Satu salinan Kad Pengenalan
- Satu salinan Buku/Kad suntikan Typhoid yang masih sah tempoh sehingga 1 Jun 2021
- Satu salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan yang sah tempoh
- Satu salinan Penyata bank pemohon yang jelas maklumat seperti Nama, Nama Bank dan Nombor Akaun Bank
CARA MOHON LESEN PENJAJA SEMENTARA BAZAR RAMADAN 2021
Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Bawa dokumen yang lengkap di lokasi yang telah ditetapkan
- Serahkan dokumen dikaunter semakan dan pengesahan
- Dokumen yang lengkap dan disahkan akan membuat cabutan nombor petak
- Jika berjaya, anda perlu menjelaskan bayaran Lesen Sementara Bazar Ramadan sebanyak RM105.00
BORANG PERMOHONAN
Anda juga boleh memuat turun borang permohonan lesen penjaja sementara Bazar Ramadan di pautan berikut:
IKLAN PERMOHONAN
Untuk lebih jelas, rujuk iklan permohonan berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan Lesen Sementara Bazar Ramadan 2021, sila hubungi MBIP di:
- Pejabat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, 81300 Johor Bahru, Johor.
- Telefon : 07-555 5000
- Faks : 07-556 8007
- Emel : [email protected]
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.