Bil Elektrik Tidak Sampai
Isi Kandungan
Kebiasaannya anda menerima bil elektrik di rumah masing-masing selepas pekerja TNB membuat bacaan meter di rumah anda.
Akibat daripada penguatkuasaan PKP yang lalu, pembacaan meter elektrik oleh TNB tidak dilakukan dan tiada bil bercetak semasa tempoh ini dijalankan. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB daripada dijangkiti virus Covid-19.
Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak. Sepanjang tempoh PKP ini, anda boleh menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.
Cara Untuk Semak Bil
Terdapat 3 cara untuk anda menyemak bil elektrik anda melalui :
- Laman web myTNB : https://www.mytnb.com.my/
- Aplikasi myTNB Play Google : Android
- Aplikasi myTNB Apps Apple : iOS
Apa itu myTNB?
myTNB adalah satu aplikasi mudah alih atau perkhidmatan digital untuk memudahkan pengguna menyemak akaun elektrik tanpa perlu ke pejabat TNB.
Bagaimana Bil Ini Di Kira?
Bil ini dikira mengikut anggarn berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya..
- Contoh: Bil bulan Februari lepas adalah RM100, jadi bil bulan Mac anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama iaitu RM100.
- Jumlah bil tersebut akan diselaraskan semula setelah kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas PKP tamat.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda menghadapi masalah berkaitan bil elektrik, anda boleh menghubungi :
- Talian Bebas Tol : CareLine 1-300-88-5454
- Emel : [email protected]
- SMS : 15454
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.