Semakan Keputusan Kolej Vokasional KV dan Sekolah Teknik SMT
Sebarang pengumuman atau pemberitahuan berkaitan dengan Keputusan dan Tawaran Kemasukan ke Program Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik Ambilan 2020 akan diumumkan melalui Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK 2020
Pihak kami juga akan memaklumkan info tarikh semakan boleh dibuat dan pautan (link) sistem aplikasi semakan keputusan permohonan secara online serta cara membuat permohonan rayuan bagi calon yang tidak berjaya.
Sila ikuti maklumat tersebut menerusi ruangan dibawah
TARIKH SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK | |
Semakan Keputusan Dibuka | Semakan Keputusan Ditutup |
👉20 Januari 2020 |
👉27 Januari 2020 |
Di atas merupakan tarikh rasmi yang telah dikeluarkan. |
MEKANISME SEMAKAN TAWARAN KOLEJ VOKASIONAL DAN SEKOLAH MENENGAH TEKNIK | ||||
KV & SMT 2020
|
||||
Sistem aplikasi semakan hanya diaktifkan (dibuka) bermula pada tarikh seperti yang telah dinyatakan | ||||
Sila masukkan / lengkapkan No MyKad anda dalam ruangan yang disediakan di laman sistem aplikasi semakan berkenaan | ||||
Kemudian klik pada butang Semakan untuk mengetahui status keputusan permohonan |
PEMOHON BERJAYA (CETAKAN TAWARAN DAN PENDAFTARAN) |
Pemohon yang berjaya perlu mencetak surat tawaran dan lampiran yang disertakan |
Kesemua lampiran perlu diisi dengan lengkap dan diserahkan kepada pihak KV / SMT semasa hari pendaftaran mengikut ketetapan tarikh yang telah dinyatakan dalam surat tawaran |
PEMOHON GAGAL (PERMOHONAN RAYUAN) |
Pemohon yang gagal dalam mendapat tawaran boleh mengemukakan permohonan rayuan |
TARIKH PENTING PERMOHONAN KV/ SMT 2020, SEMAKAN KEPUTUSAN, PERMOHONAN RAYUAN & PENDAFTARAN | |||||||
Bil | Perkara | Tarikh | Tindakan / Nota | ||||
1 | Sistem permohonan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) dibuka dan ditutup | 15 Oktober 2019 hingga 23 Disember 2019 | Pemohon | ||||
2 | Sesi Temu Duga Dan Pemilihan | 7 hingga 14 Januari 2020 | Pemohon | ||||
3 | Semakan keputusan kemasukan ke Kolej Vokasional (KV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) | 20 Januari hingga 27 Januari 2020 | Pemohon murid Aliran Perdana, semakan tawaran boleh dibuat secara online di laman sesawang KPM· Bagi murid Aliran PAV, surat tawaran akan diserahkan kepada guru SMK PAV oleh KV yang terlibat | ||||
4 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 (Aliran Perdana) | 28 Januari 2020 | Pemohon Aliran Perdana | ||||
5 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PBS 2019 ke mana-mana KV/ SMT/ GIATMARA/ WISDEC | 29 Januari hingga 28 Februari 2020 | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | ||||
6 | Pendaftaran Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 (Aliran PAV) | 11 Februari 2020 | Pemohon Aliran PAV | ||||
7 | Rayuan / Walk-in Murid Tingkatan 3 Lepasan PAV 2019 ke mana-mana GIATMARA/ WISDEC | 12 Februari hingga 28 Februari 2020 | Calon (pemohon rayuan) boleh hadir terus ke institusi yang terlibat atau yang dipohon untuk membuat rayuan bermula pada tarikh yang akan dinyatakan | ||||
Walk-in / rayuan adalah bergantung kepada kekosongan tempat dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh Ahli Jawatankuasa Pemilihan Murid |
0 1,143