Apakah yang dimaksudkan dengan Skim Khairat Kematian BR1M 2018?
Perlukah mengisi maklumat waris ketika proses permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia?
Untuk makluman, setiap pemohon wajib mengisi maklumat waris supaya jika berlaku kematian wang skim khairat kematian sebanyak RM1,000 boleh dituntut waris yang didaftarkan.
Skim Khairat Kematian BR1M 2018
Isi Kandungan
Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2018.
Penerima kategori individu tidak layak SKK.
Waris perlu membawa dokumen berikut untuk menuntut SKK:
- Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
- Kad Pengenalan Asal Waris
- Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris
Pembayaran akan dibuat oleh BSN selepas maklumat yang dikemukakan disahkan lengkap dan tepat.
Maklumat Waris BR1M
Semua pemohon BR1M 2018 wajib mengisi maklumat waris.
Tujuan maklumat waris diisi adalah untuk:
- Menjadi wakil bagi sebarang urusan berkaitan BR1M 2018 jika
pemohon mempunyai masalah seperti berikut:
a. masalah kesihatan
b. masalah fizikal (OKU)
c. dipenjarakan
d. bertugas di luar kawasan dan lain-lain; atau - Menjadi waris bagi tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) jika
penerima BR1M 2018 telah meninggal dunia bagi kategori Isi
Rumah dan Warga Emas
Waris yang layak didaftarkan semasa pemohonan BR1M 2018 adalah seperti berikut:
- Ibu
- Bapa
- Pasangan
- Anak
- Adik-Beradik
- Cucu
Pendaftaran waris tidak terhad kepada status Warganegara Malaysia sahaja. Waris perlu mempunyai hubungan pertalian dengan pemohon seperti syarat yang telah ditetapkan.
Semasa pendaftaran waris, pemohon tidak perlu mengemukakan apa apa dokumen pengenalan waris. Hanya perlu pastikan maklumat waris yang didaftarkan adalah tepat dan mempunyai hubungan pertalian yang telah ditetapkan.
Penukaran maklumat waris yang telah didaftarkan boleh dibuat
oleh pemohon di Cawangan / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Urban
Transformation Centre (UTC) LHDNM yang berhampiran sekiranya:
- Waris asal yang didaftarkan telah meninggal dunia; atau
- Pertukaran waris atas kehendak pemohon sendiri
Untuk makluman juga, tarikh akhir penunaian Baucar BR1M 2017 telah dilanjutkan sehingga 28 Disember 2017.
Permohonan Baharu / Kemas Kini BR1M 2018 secara dalam talian dan penghantaran permohonan melalui borang manual adalah bermula pada 27 November 2017 sehingga 31 Disember 2017.
Info lanjut layari portal rasmi e-BR1M