Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui portal rasmi mereka telah mengedarkan tarikh pembayaran gaji 2018 buat penjawat awam.
Bagi kakitangan awam yang berkemampuan, anda boleh cuba mohon rumah bantuan kerajaan seperti PR1MA atau PPA1M.
Yang tinggal di Selangor boleh mohon Rumah Selangorku berharga RM250,000 ke bawah.
Sebelum membuat permohonan, pastikan anda semak rekod CCRIS terlebih dahulu. Jika rekod CCRIS anda buruk, peluang untuk anda buat pinjaman rumah agak tipis.
Tarikh Pembayaran Gaji 2018
Isi Kandungan
Secara kasarnya, pembayaran gaji kakitangan awam akan dilakukan setiap hujung bulan.
Bonus RM1,500 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2018 akan dibayar mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi yang ingin merancang percutian tahun depan, sila rujuk kalendar cuti 2018.
Berikut dikongsikan jadual tarikh pembayaran gaji bagi tahun 2018.
- Januari – 25hb (Khamis)
- Februari – 8hb (Khamis)
- Mac – 22hb (Khamis)
- April – 25hb (Rabu)
- Mei – 24hb (Khamis)
- Jun – 7hb (Khamis)
- Julai – 25hb (Rabu)
- Ogos – 14hb (Selasa)
- September – 25hb (Selasa)
- Oktober – 25hb (Khamis)
- November – 22hb (Khamis)
- Disember – 24hb (Isnin)
Untuk maklumat lanjut tentang gaji dan semakan gaji bulanan kakitangan awam yang lebih terperinci, sila layari sistem e-Penyata Gaji.
Penyata Gaji Online
e-Penyata Gaji adalah sistem akses kepada penyata gaji online untuk Kakitangan Kerajaan berperingkat Perseketuan seperti:
- Jabatan Kewangan
- Jabatan Pelajaran
- Jabatan Perdana Menteri
- Kementerian Pendidikan
- Kementerian Kesihatan
- Jabatan atau Kementerian seumpamanya
Anda boleh mengakses sistem e-Penyata Gaji melalui link berikut https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/Layouts/Login/Login.aspx
Bagi yang sudah mendaftar, anda boleh terus login ke sistem untuk download slip gaji dan sebagainya.
Bagi pengguna kali pertama, anda perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum diberikan akses ke sistem e-Penyata Gaji seperti di bawah:
Kesemua individu termasuk Kakitangan Kerajaan berhak untuk mendapatkan informasi Penyata Gaji yang terperinci dan bertulis pada atau sebelum masa setiap individu dibayar oleh majikan.
e-Penyata Gaji secara online atau Penyata Pendapatan yang tertulis membolehkan individu untuk mendapatkan informasi pendapatan dan kawalan keatas finansial dengan lebih berkesan.
Hak untuk maklumat butiran e-Penyata Gajikepada Kakitangan Kerajaan mahupun pekerja swasta adalah hak asasi bebas untuk yang bekerja.