Bermula hari ini 8 Mac 2021, pemohon iSinar yang telah membuat pengeluaran sudah boleh membuat pindaan amaun termasuk pindaan nombor telefon dan alamat surat menyurat yang telah diisi sebelum ini
Rujuk: Tukar Amaun iSinar Boleh Dibuat Bermula 8 Mac 2021 Melalui Portal iSinar
Jadi, para pemohon tidak perlu berpusu-pusu ke kaunter KWSP untuk membuat pindaan pengeluaran seperti mana yang telah diwar-warkan sebelum ini.
Dapatkan cara yang paling mudah untuk membuat pindaan maklumat termasuk pindaan pengeluaran mengikut had yang telah ditetapkan oleh KWSP.
LANGKAH-LANGKAH TUKAR AMAUN PENGELUARAN iSINAR
Isi Kandungan
Untuk membuat penukaran amaun pengeluaran iSinar, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.
- Klik PINDAAN PENGELUARAN
- Baca NOTA PENTING dan klik OK.
- Masukkan NOMBOR MYKAD/MYPR atau NOMBOR PASPORT dan NOMBOR TELEFON BIMBIT anda. Klik TERUSKAN.
- Nombor OTP akan dihantar ke telefon bimbit anda. Masukkan nombor tersebut dan klik SAHKAN OTP.
- Tandakan bahagian pindaan yang anda inginkan sama ada telefon bimbit, alamat surat menyurat atau amaun pengeluaran.
- Gerakkan penunjuk atau klik tanda (+) atau (-) untuk membuat penukaran amaun.
- Anda akan menerima nota terima kasih dan permohonan pindaan pengeluaran akan diproses dalam masa 5 hari bekerja.
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan mengenai tukar amaun pengeluaran i-Sinar, sila hubungi pihak KWSP di:
- Telefon: 03-8922 6000/03-8922 4848
- Laman web: https://www.kwsp.gov.my/
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.