Pendaftaran Untuk Vaksin AstraZeneca Fasa 2 Senarai Menunggu & Warga Emas Akan Dibuka Mulai 23 Mei 2021
Pada 17 Mei 2021 yang lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, pendaftaran janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka tiga hari bermula 23 Mei ini.
Jadi, bagi anda yang berada dalam senarai menunggu serta warga emas boleh membuat pendaftaran dengan segera kerana keutamaan akan diberikan kepada kira-kira 25,000 pendaftar program vaksin AstraZeneca Fasa 1.
Dapatkan cara membuat pendaftaran untuk janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 akan dibuka selama tiga hari.
TARIKH PENDAFTARAN JANJI TEMU IMUNISASI COVID-19 VAKSIN ASTRAZENECA FASA 2
Isi Kandungan
Tarikh pendaftaran bagi janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 adalah bermula pada:
- 23 Mei 2021
KAEDAH PENDAFTARAN JANJI TEMU IMUNISASI COVID-19 VAKSIN ASTRAZENECA FASA 2
Kaedah pendaftaran untuk janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 adalah seperti berikut:
- Pendaftaran secara online di laman web rasmi JKJAV
- Pendaftaran warga emas yang berada di kawasan masing-masing oleh Pusat Kesihatan Daerah (PKD)
SYARAT TEMPAHAN
Syarat tempahan yang perlu anda patuhi adalah seperti berikut:
- Berumur 18 tahun ke atas
- Sudah mendaftar untuk vaksinasi
- Hanya boleh memilih satu lokasi dan satu tarikh sahaja
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN
Anda boleh membuat pendaftaran secara online di laman web JKJAV seperti berikut:
- Isikan maklumat diri ibu bapa anda atau anda sendiri dengan betul dan tepat.
- Seterusnya pilih tempat pengambilan vaksin.
- Anda boleh membuat semakan butiran temujanji yang telah anda lakukan dalam tempoh 2 hari atau 48 jam.
- Sekiranya berjaya, skrin akan memaparkan pernyataan seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2, sila hubungi:
- [email protected]
- 1 800 888 828
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.