Anda Bergaji RM2000 Keatas, Apa Nak Buat Jika Anda Jika Dibuang Kerja, Dipotong Gaji dan Diberi Cuti Tanpa Gaji
Anda pergi ke pejabat seperti biasa dan tiba-tiba anda dipanggil majikan. Anda diberikan satu surat dan mengejutkan anda, isi kandungan surat tersebut adalah notis pemberhentian kerja 24 jam. Ini sangat mengejutkan anda.
Apakah yang perlu anda lakukan? Dimana anda ingin mengadu? Adakah anda mempunyai hak untuk menyuarakan ketidakpuasan hati anda? Tetapi bagaimanakah caranya?
Oleh itu,mari kita dalami hak pekerja yang bergaji RM2000 ke atas sekiranya perkara seperti ini berlaku kepada anda.
Hak Pekerja Bergaji RM 2000 Ke Atas
Isi Kandungan
Kita tahu bahawa Akta Kerja 1955 hanya melindungi pekerja yang berpendapatan bawah RM 2000 dan juga pekerja manual. Jadi kalau sekiranya mereka ingin membuat aduan tentang majikan yang memotong gaji, memberi cuti tanpa gaji ataupun memaksa pekerja ambil cuti tahunan, pekerja-pekerja ini boleh membuat laporan ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) supaya tindakan diambil terhadap majikan.
Dan tidak dinafikan Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) melalui Akta Perhubungan Perusahaan 1967 memang ada peruntukan yang meliputi pekerja-pekerja yang bergaji RM 2000 ke atas tetapi itu hanya untuk kes pembuangan kerja secara tidak adil sahaja.
Tetapi bagaimana pula sekiranya pekerja-pekerja yang bergaji RM 2000 ke atas ini menghadapi masalah-masalah seperti ini contohnya :
- Majikan memotong gaji tanpa sebab
- Majikan memberikan cuti tanpa gaji
- Tidak mendapat faedah penamatan apabila diberhentikan kerja.
Tindakan Atau Langkah Yang Boleh Diambil
Pekerja mempunyai hak untuk mengambil tindakan diatas perkara yang berlaku dengan mengikut seksyen-seksyen yang diperuntukkan di dalam Akta Kerja 1955 seperti berikut :
1. Seksyen 69B Akta Kerja 1955
Seksyen 69B Akta Kerja 1955 memberikan kuasa kepada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja untuk mendengar aduan bagi pekerja bergaij lebih RM 2000 tetapi tidak lebih RM 5000 berkenaan isu yang melibatkan gaji ataupun apa-apa pembayaran secara tunai kepada pekerja.
Oleh itu, pekerja yang bergaji RM 2000 hingga RM 5000 yang mempunyai isu-isu di atas dengan majikan, masih boleh membuat laporan ke JTK di bawah Seksyen 69B Akta Kerja 1955.
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja di bawah Seksyen 69 Akta Kerja 1955 boleh dirayu ke Mahkamah Tinggi sekiranya mana-mana pihak yang terlibat tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut.
2. Tuntutan di mahkamah sivil
Pekerja-pekerja bergaji RM 2000 ke atas (tiada had maksima gaji) juga boleh membawa isu-isu di atas menerusi tuntutan di mahkamah sivil di bawah perlanggaran kontrak.
Kerana apabila kita bekerja, kita mempunyai kontrak perkhidmatan dengan majikan dan pembayaran gaji seharusnya menjadi salah satu klausa utama dalam kontrak tersebut. Kegagalan majikan untuk membayar gaji penuh kepada pekerja seperti yang termaktub dalam perjanjian merupakan satu perlanggaran kontrak kerja antara majikan dan pekerja.
Tapi sekiranya majikan tak bayar gaji langsung, itu sudah jadi isu lain iaitu isu pembuangan kerja secara konstruktif (constructive dismissal) yang mana boleh dibawa ke JPP.
Jadi, apa saja pekerjaan anda, pentingnya disini untuk anda mengetahui hak anda sebagai seorang pekerja tidak kira dalam apa jua sektor yang anda ceburi.
Sumber :
- Mohamad Nasruddin Ab Rahman
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.