Tsundoku, Beli Buku Tetapi Tak Pernah Baca Pula. Anda Macam Ini Tak?

Adakah anda termasuk dalam golongan ini iaitu hobinya membeli buku. Tetapi beli sahaja, Tidak mempunyai masa untuk membacanya. Malahan langsung tidak pernah dibuka sehingga berhabuk dan mengambil masa sehingga bertahun-tahun selepas membelinya?

Jika anda mempunyai sikap sebegini, anda adalah seorang TSUNDOKU dimana istilah ini digunakan oleh orang Jepun kepada individu yang membeli buku tetapi tidak membacanya.

Tsundoku, Beli Buku Tetapi Tak Pernah Baca Pula. Anda Macam Ini Tak?

ASAL PERKATAAN TSUNDOKU

Menurut Professor Andrew Gerstle yang mengajar teks Jepun pa-moden di Universiti of London, perkataan TSUNDOKU ini mungkin sudah lama digunakan seawal tahun 1879 dalam bentuk cetakan.

Perkataan doku boleh digunakan sebagai satu kata kerja iaitu membaca dan tsun yang berasal dari tsumu yang bermaksud mengumpul. Jadi, apabila digabungkan ia menjadi TSUNDOKU iaitu membeli buku, kumpul, simpan dan tidak membacanya.

Frasa tsundoku sensei muncul dalam teks dari tahun 1879 menurut penulis Mori Senzo,  yang mungkin satu sindiran mengenai seorang guru yang mempunyai banyak buku tetapi tidak membacanya.

Tsundoku, Beli Buku Tetapi Tak Pernah Baca Pula. Anda Macam Ini Tak?

TSUNDOKU BUKAN 1 HINAAN

Perkataan TSUNDOKU ini bukan satu hinaan kepada mereka yang membeli buku, kumpul dan tidak membacanya. Tetapi ia adalah perkara biasa terutamanya di negara Jepun.

Tsundoku, Beli Buku Tetapi Tak Pernah Baca Pula. Anda Macam Ini Tak?

Jika anda punyai ciri begini, anda adalah seorang TSUNDOKU di Malaysia. Jom beli dan baca buku anda.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.