Apa Jadi Kepada Duit ASB Jika Anda Meninggal? Tak Pernah Terfikir Pula Kan

Adakah anda ada membuat simpanan di Amanah Saham Bumiputera (ASB)? Jika ya, adakah anda terfikir sekiranya anda meninggal dunia apa yang akan berlaku pada simpanan ASB anda?

Bagi anda yang membuat simpanan di ASB dan risau memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya anda meninggal satu hari nanti, sila ambil tahu apakah proses-proses yang akan berlaku untuk tuntutan oleh waris anda suatu hari nanti.

3 PROSES TUNTUTAN SIMPANAN ASB JIKA PEMILIK MENINGGAL DUNIA

Terdapat 3 jenis proses tuntutan yang berlaku sekiranya pemilik ASB meninggal dunia iaitu :

  • Hibah Amanah (sekiranya ada membuat pendaftaran dengan ASNB)
  • Wasiat
  • Tidak membuat perancangan harta pusaka

Namun sekiranya pemilik akaun ASB memilih dan mendaftar Hibah Amanah dengan ASNB terlebih dahulu, terdapat pelbagai kelebihan yang akan diterima oleh waris dimana proses yang ditawarkan lebih cepat dan mudah.

PERBEZAAN PROSES TUNTUTAN WANG ASB

Anda boleh lihat dan rujuk carta dibawah perbezaan proses tuntutan wang ASB sekiranya pemiliknya telah meninggal dunia.

Apa Jadi Kepada Duit ASB Jika Anda Meninggal? Tak Pernah Terfikir Pula Kan

INFO RINGKAS HIBAH AMANAH

Hibah Amanah adalah perkhidmatan pengurusan harta yang disediakan oleh ASNB untuk Pemegang Unit beragama Islam. Ianya berlandaskan Syariah dan menerapkan konsep hibah dan amanah dalam pengurusan harta. Unit amanah ASNB yang dihibahkan akan dipindah milik kepada Penerima selepas kematian Pemegang Unit (Pemberi).

SYARAT KELAYAKAN HIBAH AMANAH

Berikut adalah syarat kelayakan untuk Hibah Amanah ASB mengikut kategori :

1 Pemberi

  • Pemegang Unit beragama Islam berumur 18 tahun ke atas.
  • Mempunyai baki unit pelaburan minimum 1,000 unit (tidak termasuk unit bercagar / pinjaman / Skim Pelaburan Ahli KWSP)

2 Penerima

  • Individu sahaja.
  • Terhad kepada 10 orang sahaja.
  • Penjaga yang sah perlu dilantik jika Penerima berumur di bawah 18 tahun.

3Kekal 1,000 Unit

  • 1,000 unit perlu dikekalkan sepanjang tempoh Hibah Amanah bagi semua tabung unit amanah yang terlibat.

4 Amanah Semua Unit

  • Diamanahkan kesemua 100% unit milik penuh kecuali unit bercagar kepada semua Penerima yang disenaraikan.

5 Unit Bercagar

  • Unit yang bercagar adalah tertakluk kepada perjanjian antara Pemegang Unit dengan institusi pemberi pembiayaan.

6 Pembatalan Hibah

  • Pembatalan hibah hanya boleh dilakukan jika ianya melibatkan pemberian kepada anak dan cucu kandung. Pemberian kepada selain dari anak dan cucu kandung, pembatalan hibah boleh dlakukan atas persetujuan Penerima.

7 Tarik Balik Perjanjian Hibah

  • ASNB berhak menarik balik penjanjian Hibah Amanah sekiranya Pemberi Hibah didapati melanggar terma dan syarat Hibah Amanah yang dipersetujui atau hilang kelayakan sebagai Pemegang unit ASNB.

KELEBIHAN HIBAH AMANAH

Jika anda memilih untuk mendaftar Hibah Amanah dengan ASNB, kelebihan yang akan anda perolehi ialah :

  • Pemberi boleh menentukan siapa dan peratusan pembahagian pelaburan Penerima.
  • Penerima adalah penerima mutlak.
  • Pemberi masih mempunyai kawalan penuh dan menikmati manfaat terhadap pelaburan tersebut semasa hidup.
  • Tidak memerlukan Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet.
  • Yuran perkhidmatan yang kompetitif.

CARTA PROSES KONSEP HIBAH AMANAH

Sekiranya Pemilik Unit ingin membuat pendaftaran, anda hanya perlu hadir ke Cawangan ASNB yang terdekat dengan anda dan isikan borang yang diberi.

Rujuk carta proses pendaftaran yang disediakan dibawah.

Apa Jadi Kepada Duit ASB Jika Anda Meninggal? Tak Pernah Terfikir Pula Kan

BAYARAN YURAN PERKHIDMATAN HIBAH AMANAH

Terdapat pembayaran yuran bagi perkhidmatan Hibah Amanah ini iaitu :

  • Pendaftaran : RM180 / Kontrak
  • Pentadbiran : RM10
  • Pindaan : RM20
  • Pembatalan : RM70

TUNTUTAN MENGIKUT PERATUS

Tuntutan yang boleh dituntut mengikut peratus dan jumlah wang adalah :

  • RM25,000 pertama : 1.50% : RM375
  • RM225,000 berikutnya : 1.00% : RM2,250
  • RM250,000 berikutnya : 0.50% : RM1,250
  • RM500,000 berikutnya : 0.25% : RM1,250
  • Baki selebihnya : 0.10 % : RM……

CONTOH

  • Baki pelaburan : RM200,000
  • RM25,000 pertama 1.50% : RM375
  • RM175,000 berikutnya 1.00% : RM1,750
  • Jumlah yuran : RM2,125 (ditolak daripada baki pelaburan sebelum diagihkan kepada Penerima)

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda berminat untuk mendaftar Hibah Amanah dengan ASNB, sila hubungi Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di :

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.