“Apa yang Anda Suka?”
Isi Kandungan
Jika anda ditanya dengan soalan ini ketika temuduga, bagaimanakah untuk menjawabnya? Melalui perkongsian ini anda akan mendapat tips untuk menjawab soalan tersebut dengan yakin dan kreatif serta mengaitkannya dengan jawatan anda.
Mengapa majikan bertanya “Apa yang anda suka?”
Majikan bertanyakan soalan ini untuk mengetahui kelebihan,kemahiran dan seterusnya mengenali peribadi anda dengan lebih dekat melalui jawapan yang diberikan oleh anda.
Bagaimana menjawab, “Apa yang anda suka?”
Anda boleh menjawab soalan ini dengan menggunakan 4 cara berikut :
- Pilih sesuatu yang sangat anda minati
- Terangkan mengapa anda meminatinya
- Berikan contoh bagaimana anda berjaya mencapai perkara tersebut
- Kaitkannya dengan pekerjaan anda
1. Pilih sesuatu yang sangat anda minati
Ceritakan apa yang anda suka seperti hobi serta minat yang anda suka dan anda yakin untuk berikan jawapan anda. Fikirkannya dengan pantas dan berilah jawapan dengan jujur dan kreatif. Ceritakan dengan penuh yakin kerana ia menunjukkan bahawa anda benar-benar meminati perkara tersebut.
2. Terangkan mengapa anda meminatinya
Terangkan kepada penemuduga mengapa anda sangat meminati perkara tersebut. Kaitkan ia dengan jawatan yang dipohon. Jadikan ia kreatif kerana kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang dipohon sangat berharga untuk majikan anda.
3. Berikan contoh bagaimana anda berjaya mencapai perkara tersebut
Seterusnya, terangkan langkah-langkah yang diambil untuk meningkatkan minat anda. Ceritakan bahawa anda berminat sebagai sukarelawan dengan NGO atau mengambil bahagian secara aktif dalam projek untuk komuniti yang kurang bernasib baik. Tunjukkan bahawa anda komited terhadap minat anda dan berusaha secara aktif untuk mengejar impian anda.
4. Kaitkannya dengan pekerjaan anda.
Akhiri jawapan anda dengan mengaitkan perkara tersebut dengan jawatan anda. Nyatakan bahawa secara tidak langsung perkara yang anda suka telah meningkatkan kemahiran dan kelebihan anda dalam kerjaya anda.
Menjelaskan minat dan apa yang anda suka semasa temuduga dapat membantu majikan mengetahui mengenai perkara yang menjadi motivasi anda.
Semoga perkongsian ini membantu anda mendapatkan jawapan yang sesuai bagi soalan ” Apa yang anda suka” ketika temuduga nanti. Selamat berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.