Cari Tandas Ke Tu? Guna Aplikasi MyWC, OKU Pun Boleh Guna!

Masalah utama kalau pergi berjalan-jalan atau melancong ke mana-mana bila tiba masanya untuk membuang air kecil!

Kadang kala tempat yang kita lawati tidak menyediakan tandas awam atau kedudukan tandas yang terlalu jauh dari tempat tersebut.

Tapi selepas ini tak perlu susah hati lagi dah! Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menyediakan aplikasi MyWC untuk memudahkan anda semua mencari tandas walau di mana sahaja anda berada.

INFO RINGKAS TANDAS YANG ANDA PERLU TAHU!

TANDAS ialah bangunan, bilik atau ruang tempat kita membuang keluar bahan-bahan yang tidak perlu dari badan kita, dalam bentuk air kencing (dalam bahasa yang sopannya disebut air kecil.

Dari segi kesihatan, jika bahan-bahan ini tidak dikeluarkan, ia boleh membawa penyakit kepada seseorang.

Kebersihan sesebuah tandas itu amat perlu dijaga, baik tandas awam atau tandas persendirian. Walau bagaimana pun masih banyak lagi tandas-tandas awam di negara ini tidak terjaga kebersihannya, malah ada tandas yang kotor dan menjijikkan.

Menurut kajian Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), ada tandas-tandas awam di restoran terdapat sebanyak 200,000 buah tandas awam di seluruh negara.

APLIKASI MYWC (MY WATER CLOSET)

Tujuan aplikasi MyWC diwujudkan ialah:

  • Dibangunkan secara in-house oleh KPKT berfungsi untuk memudahkan orang ramai mencari tandas awam terdekat berpandukan petunjuk GPS.

Ciri aplikasi MyWC yang anda perlu tahu ialah:

  • Pengguna juga dapat melihat maklumat kemudahan yang terdapat di tandas seperti keperluan orang kurang upaya (OKU), tandas berbayar dan tidak berbayar, bilik tukar lampin bayi dan lain-lain.
  • Pengguna juga dapat melihat taraf bintang tandas di samping dapat memberi penilaian tandas mengikut bintang untuk dijadikan panduan kepada pengguna lain.

CARA GUNA MYWC

Bagaimana pula nak gunakan MyWC untuk mencari tandas jika keluar melawati sesuatu tempat?

Anda perlu:

Cari Tandas Ke Tu? Guna Aplikasi MyWC, OKU Pun Boleh Guna!

  • Kemudian klik Allow Once atau Allow While Using App atau Don’t Allow untuk aplikasi MyWC menjejak GPS anda.
  • Klik pada ikon diatas pada bahagian kanan untuk dapatkan tandas yang terdekat dengan anda.
  • Senarai tandas yang terdekat anda akan dipaparkan.

Cari Tandas Ke Tu? Guna Aplikasi MyWC, OKU Pun Boleh Guna!

Tak ada masalah nak cari tandas lagi dah selepas ini! Download sahaja aplikasi ini dan gunakan dimana-mana sahaja.

Baca juga: Beli Tiket Bas & Feri Guna Aplikasi Grab Sahaja! Tak Perlu Dah Pergi Ke Kaunter

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.