Majikan Selangor Boleh Membeli Vaksin Untuk Pekerja, Daftar Di Aplikasi SeLangkah

Pada 17 Mei 2021 yang lepas Kerajaan Negeri Selangor telah menawarkan pembelian vaksin kepada majikan untuk diberi kepada pekerja sebagai usaha mencegah penularan Covid-19.

EXCO kesihatan awam berkata syarikat yang berminat boleh mendaftar menerusi aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah).

Dapatkan maklumat lanjut mengenai aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) melalui perkongsian ini.

INFO RINGKAS SELANGKAH

Selangkah: “Langkah masuk dengan selamat”, atau “Step in, safely”, adalah platform inisiatif kesihatan awam yang dibuat oleh Pasukan Petugas Kerajaan Negeri Selangor untuk Covid19 (“STFC”) untuk memastikan kesihatan dan keselamatan orang dan masyarakat kita ketika perniagaan memulakan operasinya pada masa wabak COVID-19.

Dengan prinsip menurunkan kadar jangkitan COVID-19, Selangkah bertujuan untuk memfasilitasi semua perniagaan untuk mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia yang merangkumi protokol menyimpan rekod pelawat di premis perniagaan. Ini adalah perkhidmatan percuma yang boleh digunakan oleh perniagaan untuk membantu dalam inisiatif pengesanan hubungan di seluruh negara.

Selangkah adalah sistem pendaftaran kemasukan automatik yang akan didirikan di premis perniagaan menggunakan QR-code. Setiap premis perniagaan akan diberi kod QR yang unik pada saat pendaftaran dan setiap pelindung premis perniagaan digalakkan untuk mengimbas kod dengan telefon pintar mereka dan mengirimkan maklumat terhad (nama dan nombor telefon) ke Selangkah.

MENGAPA NEGERI SELANGOR MEMBELI VAKSIN?

Kerajaan Negeri Selangor melakukan pembelian vaksin kerana Selangor adalah negeri yang kerap mencatatkan kes jangkitan tertinggi sejak wabak dikesan tahun lalu.

Pembelian juga perlu untuk keperluan industri negeri yang memerlukan ramai tenaga kerja asing.

VAKSIN PERCUMA

Untuk pengetahuan anda, vaksin yang dibeli oleh kerajaan negeri akan disediakan secara:

  • Perlu dibeli oleh pekerja asing
  • Percuma kepada rakyat negeri Selangor 

CARA MENDAFTAR SELANGKAH VAX

Untuk mendaftar Selangkah Vax, anda boleh ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Majikan Selangor Boleh Membeli Vaksin Untuk Pekerja, Daftar Di Aplikasi SeLangkah

  • Pendaftaran di https://vax.selangkah.my/ dan pilih sama ada syarikat, individu atau keluarga dan maklumat penjagaan kesihatan.

Majikan Selangor Boleh Membeli Vaksin Untuk Pekerja, Daftar Di Aplikasi SeLangkah

  • Pengesahan tempahan
  • Baki bayaran
  • Penjadualan vaksin
  • Dos pertama
  • Dos kedua
  • Pemantauan

KENYATAAN RASMI VAKSIN

Sebarang kenyataan rasmi mengenai vaksin hanya dikeluarkan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari atau Dr Siti Mariah sahaja.

Dr Siti Mariah juga meminta penduduk negeri ini mendapatkan maklumat yang sahih melalui platform media sosial menerusi:

1.  Facebook Dato’ Seri Amirudin Shari

2.  Facebook Dr Siti Mariah

3.  Facebook Selangor Task Force Covid 19

4.  Facebook Media Selangor

Baca juga: Terkini: eBelia RM 300 Juta Kredit E-Tunai Untuk 2 Juta Belia & Pelajar Sepenuh Masa Dibuka 1 Jun 2021

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Selangkah sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.