Pastinya anda semua maklum dengan zakat fitrah iaitu zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.
Ia adalah kewajipan yang dilaksanakan di bulan Ramadhan yang bertujuan membersih dan menyucikan jiwa mereka yang berpuasa daripada perkara yang sia-sia.
Selaras dengan dunia teknologi digital, pembayaran zakat boleh dilakukan secara online atau melalui aplikasi yang tersedia di telefon masing-masing. Mulai hari ini anda boleh download aplikasi Tulus dan buat pembayaran zakat fitrah dengan mudah tanpa perlu ke kaunter lagi.
Baca juga: Kadar Zakat Fitrah 2021 Mengikut Negeri Seluruh Malaysia & Cara Membuat Pembayaran Secara Online
APA ITU APLIKASI TULUS
Isi Kandungan
Secara ringkasnya, TULUS Digital adalah satu aplikasi teknologi kewangan sosial Islamik yang menyediakan kemudahan pembayaran beretika kepada semua organisasi Islamik di Malaysia. TULUS Digital turut menggalakkan penggunaan gaya hidup digital dalam kalangan ummah.
PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN APLIKASI TULUS
Selain daripada kemudahan pemabayaran zakat, perkhidmatan lain yang disediakan ialah:
- Wakaf
- Infaq
- Sedekah
SENARAI NEGERI PEMBAYARAN ZAKAT DI APLIKASI TULUS
Antara negeri yang menggunakan aplikasi Tulus untuk pembayaran zakat fitrah adalah:
- Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
- Wilayah Persekutuan Labuan
- Negeri Sembilan
- Sabah
- Sarawak
- Johor
- Pulau Pinang
- Terengganu
- Kelantan
- Pahang
- Perlis
CARA MENGGUNAKAN APLIKASI TULUS
Untuk menggunakan aplikasi Tulus ini, anda perlu download dahulu di:
- App Store dan Play Store
- Log masuk dan klik pada ikon zakat.
- Pilih Majlis Agama negeri anda.
- Pilih jenis zakat dan klik SETERUSNYA.
- Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan klik BAYAR.
- Pembayaran selesai.
Mudah, bukan? Bagi negeri yang tidak tersenarai, boleh membuat pembayaran zakat fitrah secara online seperti berikut:
NEGERI | KADAR BAYARAN | PAUTAN BAYARAN ONLINE |
Perlis | RM7.00 | www.maips gov. |
Kedah | RM5.00/ RM7.00/ RM14.00 RM21.00 | https://jom.zakatkedah.com.my/? |
Pulau Pinang | RM7.00/ RM12.00 / RM16.00 | https://zakatpenang2u.com/ |
Perak | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://ezakat.maiamp.gov.my/ |
Selangor | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://fpx.zakatselangor.com.my/ |
Negeri Sembilan | RM7.00 | https://www.zakatns2u.biz/fitrah/ |
Melaka | RM7.00/ RM14.00 | https://ebayar.melaka.gov.my/ |
Johor | RM7.00/ RM10.00 | https://epayment.maij.gov.my/ |
Pahang | RM7.00 | https://ezakat.muip.gov.my/ |
Terengganu | RM7.00 | https://ezakat.maidam.gov.my/ |
Kelantan | RM7.00/ RM14.00/ RM21.00 | https://www.e-maik.my/ |
Sarawak | RM7.00 | https://pelanggan.tbs.org.my/ |
Sabah | RM6.00/ RM7.50 | https://appszakat.sabah.gov.my/ |
Kuala Lumpur Putrajaya Labuan |
RM5.00/ RM7.00 / RM14.00 | https://www.maiwp.gov.my/ |
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.