Terkini! ASB Online Dah Boleh Buat Pengeluaran Maksimum Sehingga RM1,000

Pemegang unit yang perlu membuat pengeluaran wang tanpa perlu ke kaunter ASB boleh berbuat demikian secara online dengan had maksimum terkini sebanyak RM1,000.

Berbanding dahulu, anda hanya dibenarkan membuat pengeluaran sebanyak RM500 sahaja secara maksimum jika pengeluaran adalah secara online.

Pengeluaran boleh dilakukan melalui urus niaga jualan balik diportal myASNB dan aplikasi mudah alih myASNB.

Baca juga: Semak Baki ASB Guna Maybank2u Online. Semak di ATM Pun Boleh

HAD MAKSIMUM RM1,000 PENGELUARAN MELALUI ASB ONLINE

Had maksimum jualan balik ditetapkan sebanyak RM1,000 sebulan kerana ia merupakan satu jumlah yang memadai sebagai sumber kewangan segera untuk pemegang unit pada waktu memerlukan.

Memandangkan unit amanah adalah bentuk pelaburan jangka sederhana dan panjang, pemegang unit digalakkan untuk mengekalkan pelaburan untuk memperoleh manfaat pelaburan dan hanya melakukan jualan balik ketika perlu.

HAD MINIMUM PENGELUARAN ASB ONLINE

Anda juga boleh membuat pengeluaran secara minimum seperti berikut:

  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sebulan.

CARA MEMBUAT PENGELUARAN ASB SECARA ONLINE

LANGKAH 1

LOGIN / LOG MASUK KE AKAUN MYASNB

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 2

KLIK PORTFOLIO. KEMUDIAN KLIK TRANSAKSI PADA UNIT AMANAH DIKEHENDAKI DAN PILIH JUALAN BALIK

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 3

PASTIKAN MAKLUMAT BANK ANDA BETUL. KLIK SETERUSNYA

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 4

BACA, TANDA KOTAK PENGISYTIHARAN DAN KLIK SETERUSNYA

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 5

MASUKKAN AMAUN, TANDA KOTAK PENGISYTIHARAN DAN KLIK SETERUSNYA

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 6

SEMAK BUTIRAN BANK ANDA. KLIK TERUSKAN

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

LANGKAH 7

KLIK PERMINTAAN TAC DAN ISI. KLIK SETERUSNYA

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

TRANSAKSI ANDA BERJAYA

Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

Rujuk: Pengeluaran ASB Bila-Bila Masa Secara Online. Tak Perlu Ke Kaunter Lagi

WAKTU URUSNIAGA ASB ONLINE

Walaupun urusniaga pengeluaran wang dari ASB anda adalah secara online, namun anda perlu mematuhi waktu yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: 7:00 pagi-6:00 petang/Isnin hingga Ahad*
  • Unit Amanah Harga Berubah: 7:00 pagi-4:00 petang/Isnin hingga hingga Ahad* (*kecuali cuti umum)
Nota: Wang anda akan dimasukkan ke akaun bank pada hari berikutnya.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai ASB Online, sila dapatkan di:

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.