Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

RM300 One-Off Agihan Khas Zakat LZNK Asnaf Care Covid-19 Dilanjutkan. Semak Cara Permohonannya Disini

2,845

Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah membuka permohonan Skim Agihan Khas Zakat kepada golongan asnaf yang terjejas pendapatan disepanjang fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Jumlah bayaran secara one-off yang akan diterima oleh pemohon adalah sebanyak RM300 sekiranya layak.

Semak tarikh dan syarat permohonan Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK melalui perkongsian ini.

Baca juga: Cara Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian Covid-19 NADMA Sehingga RM5,000 Kepada Waris Pesakit

TUJUAN SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK

Menurut Lembaga Zakat Negeri Kedah, Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK ini adalah bertujuan:

  • Meringankan beban asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).

TARIKH PERMOHONAN SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK

Asnaf yang terjejas pendapatan dalam fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) boleh membuat permohonan mulai:

  • 18 Julai 2021 hingga 21 Ogos 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang akan menerima Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK adalah:

  • 40 ribu keluarga asnaf yang terjejas pendapatan.

JUMLAH ZAKAT YANG AKAN DITERIMA

Jumlah zakat yang akan diterima oleh golongan asnaf yang terjejas pendapatan sepanjang PPN adalah seperti berikut:

  • RM300 secara one-off atas ketua keluarga

SYARAT PERMOHONAN

Apakah syarat permohonan Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK? Semak dahulu syarat kelayakan sebelum buat permohonan:

  • Beragama Islam
  • Warganegara Malaysia dan tinggal di negeri Kedah sekurang-kurangnya 1 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah semasa di bawah RM2,000.00 sebulan (Gaji Kasar)
  • Hanya ketua keluarga sahaja layak memohon bantuan atau waris pemohon bagi yang masih berada dibawah tanggungan
  • Bukan penerima bantuan Kewangan Bulanan Lembaga Zakat Negeri Kedah

CARA MOHON SKIM AGIHAN KHAS ZAKAT ASNAF CARE COVID-19 LZNK

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

RM300 One-Off Agihan Khas Zakat LZNK Asnaf Care Covid-19. Semak Cara Permohonannya Disini

  • Klik pada Pemohon Baru sekiranya anda belum pernah mendaftar.
  • Klik Log Masuk setelah siap membuat pendaftaran dengan memasukkan nombor kad pengenalan/pasport dan kata laluan seperti yang telah didaftarkan.
  • Isikan maklumat dengan betul dan lengkap.
  • Untuk penerangan lebih lanjut untuk permohonan, sila klik PANDUAN PENGGUNA disini.
NOTA: Panjangkan makluman ini kepada keluarga asnaf yang layak supaya tidak tercicir dari mendapatkan zakat ini.
May be an image of one or more people and text that says 'LZNK LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH asnafcare.com.my ASNAFCARE COVID-19 AGIHAN KHAS ZAKAT PERMOHONAN HENDAKLAH DIBUAT MELALUI SISTEM PERMOHONAN AGIHAN ZAKAT https://agahan.zakatkedah.com.my TARIKH PERMOHONAN DILANJUTKAN SEHINGGA 21 OGOS 2021 SYARAT-SYARAT PERMOHONAN Beragama slam KAEDAH keluarga o emohor dan PERMOHONAN tahun. masih tanggungan. permohonan moi nama oemohon bagi awahtanggungan seperti Bukan enerima bantuan Suami Status 2,000.00 Isteri (cerai Aplikasi Zakat Touch Mudah& Telus! Anak kan suami hene SEKARANG dan terlanta sakit AppStre'

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda mempunyai pertanyaan mengenai Skim Agihan Khas Zakat Asnaf Care Covid-19 LZNK, sila ajukan kepada Ibu Pejabat dan Pejabat Zakat Daerah Lembaga Zakat Negeri Kedah seperti berikut:

  • Ibu Pejabat : 019-4181740
  • Baling : 04-470 2428 / 013-4529155
  • Bandar Baharu : 04-407 9670 / 019-4738255
  • Kota Setar : 04-731 8005 / 019-5739155
  • Kubang Pasu : 04-917 1561 / 019-4967255
  • Kuala Muda : 04-441 1881 / 019-4122155
  • Kulim : 04-490 0873 / 019-5732155
  • Langkawi : 04-966 0179 / 019-4753155
  • Padang Terap : 04-786 6239 / 019-5172155
  • Pendang : 04-759 4515 / 019- 4123155
  • Pokok Sena : 04-782 1513 / 019-518 6155
  • Sik : 04-469 5895 / 019-4104255
  • Yan : 04-468 3482/ 019-4804155
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...